“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Friday, July 29, 2011

Andai Ramadhan ini terakhir buatku...

Assalamualaikum..

How are you all doing? I'm doing good. Alhamdulillah.Pejam celik, pejam celik, Ramadhan is coming soon. Real soon. InsyaAllah. Ramadhan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui kali ini tidak disia-siakan..Mudahan.



 Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”(Hadith riwayat Al-Bukhari) 


Sahabatku tersayang, terkasih. andai ini Ramadhan terakhir buat diri ini, MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja. Setiap manusia tidak pernah lari dari khilaf dan dosa. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah….

Semoga puasa kita tahun ini lebih baik drp tahun yg sebelumnya juga sentiasalah Bersangka Baik pada setiap manusia dan juga pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ..”

Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan.

Wallahu’alam...


Wednesday, July 20, 2011

wajah rahsia hati saat tidur..

Assalamualaikum...

How's your day , so far ? Mine was pretty good. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup sehingga ke hari ini di bumi-Nya. Terima kasih , Allah.


 Pernahkan awak semua menatap wajah orang-orang yang awak sayangi saat mereka sedang tidur?
kalau belum, cubalah sekali sahaja menatap wajah mereka ketika sedang tidur.

Dikala itu yang nampak adalah ekspresi paling jujur dan wajar dari seseorang. Waima seorang artis yang begitu cantik dan gemerlap ketika dikaca Tv akan tampak polos dan jauh berbeza ketika ia sedang tidur.

Orang yang paling kejam di dunia pun jika ia tidur tak akan nampak wajah bengisnya.

Lihatah ibu kita saat ketika beliau sedang tidur. Sedarilah, saat tangan yang dulu halus membelai-belai tubuh kita sewaktu kecil kini mulai kelihatan urat-urat tua dan keriput kerana menempuh kehidupan yang mencabar demi membesarkan kita supaya menjadi manusia berguna. Orang inilah yang tiap harinya mengurus keperluan harian kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan kita dan membebeli kita kerana kasih dan sayang,
tetapi sayangnya itu sering kita salah ertikan.

Sekarang beralihlah...perhatikan ayah saat beliau sedang tidur. betapa badan yang dulu kuat dan gagah kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, batapa kerut merut mulai terpahat diwajahnya. Orang inilah setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar. tetapi...sayangnya..kita anak-anak buta untuk melihat itu semua. MasyaAllah, Ampuni kami Ya Allah.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai...sayangi...Ibu, Ayah, Suami, Isteri, Anak, Abang, Adik, Kakak, Sahabat..semuanya walau barang sekali ketika mereka sedang tidur.

Rasakan sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta dan sayang yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu demi kebahagiaan kita. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutup oleh salah faham yang entah kenapa selalu sahaja nampak besar.

Secara ajaib Allah mengatur agar pengorbanan itu akan kelihatan ketika melalui wajah-wajah jujur saat sedang tidur. Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang telah terjadi dengan menatap wajah mereka saat mereka sedang lena. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkan apa yang terjadi jika esok mereka "orang-orang terkasih" tak lagi membuka matanya, untuk selamanya.

Rindu Mak........

Tuesday, July 19, 2011

ku terima pinanganmu dengan Bismillah....

~ pasha ungu feat rossa~





Tuhan memberikanku cinta


untuk ku persembahkan hanyalah padamu


Dia anugerahkanku kasih


hanya untuk berkasih berbagi denganmu




atas restu Allah ku ingin milikimuku


berharap kau menjadi yang terakhir untuk


kurestu Allah ku mencintai dirimu


ku pinang kau dengan Bismillah



hampa terasa bila ku tanpamu


hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu


hanya dirimu satu yang aku inginkan


ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)



atas restu Allah ku ingin milikimu


ku berharap kau menjadi yang terakhir untuk


kurestu Allah ku mencintai dirimu


ku pinang kau dengan Bismillah



atas restu Allah ku ingin milikimu


ku berharap kau menjadi yang terakhir untuk


kurestu Allah ku mencintai dirimu


ku pinang kau dengan Bismillah....
 
Coretan Nurul : shadu sangat lagu ni...
siape ye yang sudi tujukan lagu ni untuk saya..
haahaha...oppss terlebih sudah.
:)

Thursday, July 14, 2011

Nisfu Sya'ban dan Syafaatnya

Assalamualaikum and have a good day..
Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup sehingga ke hari ini di bumi-Nya. Terima kasih , Ya Allah.



BULAN Syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt.
Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.InsyaAllah, bersama-samalah kita mencari redha Ilahi dibulan yang mulia ini lebih-lebih lagi pada malam Nisfu Sya'ban yang bakal tiba.


14 Syaaban 1432H bersamaan 16 July 2011 merupakan malam Nisfu Syaaban yang kita semua nantikan. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna. Juga seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (14 Sya'aban 1432H).

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud,  

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


"Allah tidak akan mengampun dosa 6 orang pada malam Nisfu Syaaban iaitu ;

1) Orang yang kekal minum arak.

2) Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya.

3) Orang yang kekal berzina.

4) Orang yang banyak berkelahi.

5) Orang yang melakukan juabeli dengan sumpah dusta.

6) orang yang memperlaga orang supaya berkelahi.



"Sesiapa yang menyempurnakan puasa sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah sakaratul maut dan dihindarkan daripada kegelapan kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar-Nakir, dituutpkan keaiban pada hari qiamat dan diwajibkan Syurga baginya"

Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik 
(Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). 
Ameen ya rabbal alameen.

Bicara Nurul~Dah dekat dengan bulan mulia,rindu sujud solat terawih! ;)

Saturday, July 9, 2011

..........

Assalamualaikum and have a good day , everyone ! As usual, I'm stuck at home..
I miss blogging , again. The rain falling heavily outside. Alhamdulillah , I love rainy days. I just love the smell of the rain. Tenang sangat.

Sudah sebulan lebih saya cuti di rumah, yaa... saya memang penanam anggur setia di rumah. Nak kerja, my Abah tak bagi. Seriously saya jelous kot dengan kawan kawan yang boleh kerja. At least dorang boleh tahu the real working enviroment, haish ! Cemburu. I wish my Abah paham apa yang saya fikir sekarang. Seriously, I'm dying at my house doing nothing. just always do the same thing. I wanna gain some experiences but I can't. Itulah orang cakap, bila di kampus rindu rumah, bila kat rumah mulala rindu kampus..

Short entry right?
enough for tonight.

Dear Brother Y, it's been a while and hope abg bahagia and ceria skrg.
But I've been waiting too long to give this up. The more I see , I understand. 
But sometimes , I still need you... bergurau senda seperti dahulu.
neway...Terima kasih kerana singgah dan menjadi yang terindah. :)

Ya Allah , it's 'You' I should be thanking because without 'You' , I would have nothing.
Thank you for everything , Ya Allah..


have beautiful sleep sayang(^^)

Friday, July 8, 2011

wanita idaman lelaki.....


 
Wanita idaman lelaki ialah,

yang hatinya dibalut taqwa kepada ALLAH,
yang jiwanya penuh penghayatan trhadap Islam,
yang sentiasa dahaga dengan ilmu,
yang sentiasa haus dengan pahala,yang solatnya maruah dirinya,
yang tidak pernah takut untuk berkata benar,
yang tidak pernah gentar melawan nafsu,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang menjaga tutur katanya,
yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya,
yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang dermawan ,
yang mempunyai ramai teman,
dan tidak mempunyai musuh bersifat syaitan,


Wanita idaman lelaki ialah,

wanita yang menghormati ibunya,
yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tuanya dan keluarga,
yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga,
yang sabar mendidik suami dan anak-anak mendalami agama,
yang mengamalkan hidup penuh sederhana,
kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang sentiasa bersedia untuk menjadi insan yang hakiki,
yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan sunnah nabi,
yang boleh diajak berbicara dan berdiskusi,
yang menjaga matanya dari pandangan duniawi,
yang sujudnya penuh kesyukuran dengan rahmat Ya Rabbi,

Wanita idaman lelaki ialah,

yang tidak terpesona dengan buaian dunia,

kerana dia mengimpikan syurga,

di situlah mahligai impiannya,

dialah WANITA IDAMAN LELAKI seadanya....

Thursday, June 9, 2011

i miss blogging

Assalamualaikum .

How's your day , so far ? Mine was pretty good. Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup sehingga ke hari ini di bumi-Nya. Terima kasih , Allah.

It may sound somewhat cliche , but I miss blogging.
maklumlah dah lama sangat saya tinggal dunia blogging ni. try to fine my self and......
Alhamdulilah i found it, syukur kepadaMu ya Rabb.

There you go , I've said it. It's out there in the ether and I don't know if anyone is listening but I miss blogging. I miss talking to someone as if they are listening. I miss telling you about what I've made. I miss creating things and hoping you like them.

Most of all , I miss the friendships I made along the way. It's about time I made some time for you again.
 
 
selamat bercuti panjang buat kawan2 semua
yang sedang bekerja semoga success selalu..

Kalau ade sumur diladang,
Bolehkah saya menumpang mandi,
Kalau ade umur yang panjang ,
Insyallah kita berjumpa lagi...
(^_^) 



Friday, May 20, 2011

selamat tinggal kawanku...



Setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
setiap perpisahan pasti ada kenangan.
setiap kenangan pasti akan menemukan kita kembali.
selamat tinggal kawanku
will miss u a lot...

Thursday, May 19, 2011

talking to the m0on

saya suke lagu nie...
lagu lame?
ala..biarlah..yang penting saya suke
^^


Talking To The Moon Lyrics

I know you're somewhere out there
Somewhere far away

I want you back
I want you back

My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room

I sit by myself

Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town

They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad

But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back....


Monday, May 16, 2011

Kasihnya seorang ibu...





Ibu....


Ibu tetap dihati kita sehingga hujung nyawa..


Anakanda disini....
sangat merindui ibu...

Rindu belaian manja..
gurau senda...

rindu segalanya dari 
Ibu.....






Siapa sygkan ibu, mak, mama, ummi, bonda??? (Beginikah menilainya)??? ReNunG2kAN.....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya........
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Mudahan kita tergolong dalam golongan anak yang patuh kepada kedua ibu dan ayah.

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malamdi dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya... Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,'Saya Sayangkan Ibu'. Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.

Bila kau letih dan hilang semangat ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya...
Bila tangisanmu berpanjangan dan hatimu kedukaan ALLAh telah mengira titisan air matamu...
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu ALLAH sentiasa disisimu...
Bila kau letih mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan ALLAH ada jalan penyelesaiannya…
Bila tiada yang bererti buatmu keliru dan kecewa ALLAH ada jawapannya.. .

P/s : Kasih sayang seorang ibu tiada ternilai ....tidak ada tolok bandingannya dengan satu ape pun di dunia ini...Justeru itu, hargailah ibu anda...sayangilah ibumu sementara masih ada waktu utk bersamanya...


Sungguh..
Dikala ini saya sangat rindukan ibu...
semoga ibu tenang disisi Allah..
Mudahan doa anakanda memberi ketenangan buat bonda disana...
Aamiin Ya Rabbala'lamin,..

sekadar untuk renungan bersama....

Asslamualaikum.

Sabda Nabi, “Ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya”
Amal Hayati

Manusia mudah alpa pada perbuatan dan kata-katanya...manusia mudah marah dan kecil hatinya.....namun manusia jugalah yg berusaha unt memperbaiki kesilapan dan kesalahan dirinya...itulah tandanya bahawa manusia itu baharu sifatnya..boleh berubah dan diubah.Allah jua lah yang kekekal abadi selama-lamanya..hanya dgn cubaan,dugaan,rintangan yang menjadikan kita insan yng kuat dan tabah bg yang berjaya menghadapinya....

Dari Abu Hurairah r.a, katanya:
"Telah bersabda Rasulullah SAW: 'Janganlah kamu berdengki-dengkian, dan jangan kamu tipu-menipu, dan jangan benci-membenci, dan jangan musuh-memusuhi, dan jangan kamu berjual beli atas jual beli setengah yang lain, dan jadilah kamu sekalian sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara.Seorang Muslim adalah bersaudara sesama Muslim, tidak boleh menganiayanya, tidak boleh membiarkannya tertindas, tidak boleh mendustainya dan tidak boleh menghinainya. Taqwa itu berpunca dari sini - sambil Nabi SAW menunjukkan ke dadanya tiga kali. Sudah memadailah kejahatan seorang itu jika ia menghina saudaranya yang Islam. Seorang Muslim ke atas seorang Muslim yang lain diharamkan darahnya, harta bendanya dan kehormatannya." HR Muslim.

Tazkirah hati.


Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, keremajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi... lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan..


Dalam keindahan hati, ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata-kata. Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa.
Marilah kita sama-sama menghayati renungan diatas ini..agar kita dapat memperbaiki setiap kelemahan dalam hati dan diri..
(Sesungguhnye Allah bersama dengan orang yang sabar)
InsyaAllah..

Sunday, May 15, 2011

Fadhilatul Husna

Assalamualaikum.

My first point is , finals just around the corner. Jujur tadi saya tak dapat jawab dengan baik. Entah kenapa entah.Tawakal redha habis dah nie.Ya Allah,hanya kepadamu aku berserah, bagi hambaMu ini lulus dengan jayanya.Tadi lepas habis paper JTH, terus call abah, cakap minta maaf xdapat jawab dengan baik. Then abah cakap, xpe lah sebab dah usaha. Lega sangat bila dengar abah cakap macam tue. Sebab saya tak kesah pasal diri saya cuma tanak abah sedih. saya masih ada 5paper yang perlu diperjuangkan. InsyaAllah, i can do better. doakan saya ye kawan-kawan.


Let's talk about something different. tadi saya berkesempatan tgk baby Ila, kawan sekuliah. She just delivered her first baby and it’s baby girl. comel sangat-sangat. Hilang sedih tak dapat jawab exam bila tgk baby Husna. Betulkan bila pegang baby org, i feel wanna my own baby. turn saya..bila pulak?? Insyallah (tersenyum sendiri). sempat lagi tu.hehe.. sorry.


alaaaa…
bam-bam nye baby Husna ni…geram la aciknurul tgk
^^

Husna wif mommy-mommy shomel.hehe..


 aciknurul doakan Husna jadi anak yang solehah yer sayang...

Fadhilatul Husna
Moga2 dirimu apabila dewasa kelak..
menjadi manusia seindah namamu…
yang solehah, yang baik, yang bijak, yang luhur budi pekerti…
serta menjadi kebanggaan ibu ayahmu..

To Ila and husband. 
Congrates both of you and wishing you all the best for your parenthood journey

P/s: doakan saya untuk exam seterusnya=)

Saturday, May 14, 2011

Abadikan...

Asslamualaikum.

Setelah sekian lama saya menyepikan diri...mencari ketenangan yang membawa saya terus bersyukur dengan segala rencana Allah...banyak mengajar saya erti kesabaran...kasih sayang... ketenangan...syukur... Alhamdulilah syukur.

Bersama pagi yang hening, saya susunkan bait-bait kata ini khas ditujukan kepada seorang insan yang istimewa dalam perjalanan hidup saya ...seorang sahabat yang dipertemukan Allah dalam keadaan saya memerlukan teman bicara untuk mencari kekuatan yang hilang seketika...

indah rencanaMu Ya Allah...
unik perjalanan yang Kau tetapkan...
terima kasih Ya Muhaimin...

duhai kamu sahabat yang  kuhormati....
terima kasih atas segalanya....
tidak kan jemu aku ucapkan....
persahabatan terbina atas kehendakNya...
diserta petunjukNya...

sahabatku.....
kehadiranmu sungguh membahagiakan....
kedatanganmu tidak menyusahkan....
hari-hari bersamamu adalah hadiah terindah...
masa-masamu adalah anugerah tidak ternilai....
nasihat-nasihatmu adalah sisipan kekuatanku....
gelak tawamu adalah hiasan bahagia....

senda guraumu adalah lakaran gembira....
tidak jemu bila mendengar kau berbicara...
sering kau buatku tersenyum...
pernah teralir airmata....
bukan kerna benci....
cuma antara hiasan persahabatan ini....

sahabatku.....
tidak terluah oleh bicara
betapa aku bersyukur ditemukan sahabat sepertimu....
tidak tertulis bait kata-kata
betapa aku bahagia atas kehadiranmu sahabat....

mengenalimu membawa aku terus mengejar redha Ilahi....
mengenalimu mengajar aku semakin merindui syurgaNya...
syukur Ya Allah......
maafkan ku jika....
aku ini menyusahkanmu....
aku ini menyakiti hatimu.....

pesanku....
jaga dirimu...
jaga kesihatanmu....
jaga imanmu....
jaga solatmu....
teruskan menjadi pejuang agama....
dan.....


Aku menyayangimu kerana Allah…..
Atas redha-Nya….
Moga ada pertemuan sekian kalinya….
Jika tidak di dunia….
Moga di syurga kelak…..
InsyaALLAH…….


>>BUATMU saudara yang nun jauh di Aceh
......tulus dari hatiku...
~sahabat juga saudaramu~
^^

Thursday, May 12, 2011

Sakit tanda Allah sayangkan kita.

Asslamualaikum.
 
Tuhan...
baru ku sadar...
indah nikmat sihat itu..
tak pandai aku bersyukur...
kini ku harapkan cintaMu...

Dalam menyusuri perjalanan hidup akan ada yang mengharuskan kita menitiskan airmata, kesepian, kesedihan, dan amarah. Juga sakit yang tidak sembuh-sembuh. Itu semua kerana kelalaian kita sebagai hamba-Nya. Kesombongan akan kehebatan diri mengaburkan pandangan kita akan Bijaksananya perancangan Tuhan.

Betapa Cintanya Tuhan kepada hambanya. Nikmat sihat, dan kelengkapan anggota tubuh diberikan secara percuma, tapi kita hamba yang hina ini tidak mahu juga mendekatkan diri kepadaNya.
Dengan menimpakan sakit, kesedihan, dan kesulitan hidup, akan lebih mendekatkan kita kepadaNYA.
Begitu rindu DIA kepada hambanya yang hina.

Dari sakit kita diajari bagaimana caranya bersyukur akan nikmat sihat. Dari kemiskinan kita diajari bagaimana caranya mensyukuri nikmat kaya. InsyaAllah hati kita akan dibanjiri keikhlasan yang mencurah. Di saat itulah kita bersedia untuk sakit dan miskin. Di saat itulah kita bersedia untuk menderita dan kesepian. Air mata kesedihan pun berubah menjadi air mata syukur kerana telah diperhatikan oleh Dia Yang Maha Esa.


Sakit tanda Allah sayangkan kita. Diriwayatkan, Abu Hurairah pernah menangis kerana beliau tidak sakit dan beliau merasakan Allah tidak sayang padanya.

Bersyukurlah jika di timpa sakit, itu bermakna kita berada dalam perhatian Allah S.W.T..

"Ya Allah, andai dengan sakit yang kau uji ini akan membuatkan engkau redha padaku, aku redha ya Allah. Andai sakit ini adalah tanda kasih sayangMU ya Allah, Aku menerimanya dengan redha Ya Allah, Sihat dan sakit ini dariMu ya Allah, berikan aku ketabahan dan kekuatan iman dalam melalui ujian sakit ini, Ya Allah engkaulah tuhan yang Maha pengasih lagi Maha penyayang, Tambahkan rasa syukurku atas tiap ujianmu samaada dalam nikmat ataupun sakit" 

Batuk. Demam tak sembuh-sembuh. itu yang saya alami sekarang. Mudah-mudahan dengan nikmat sakit ini, merupakan tanda kasih dan sayang dari Allah. Ibubapa yang sentiasa mendoakan saya, sahabat yang disayangi, terima kasih atas doa kalian semua, hanyalah Allah yang mampu membalasnya.

Buat diriku, dan pembaca blog yang juga mungkin sedang sakit, selamat menikmati nikmat Ilahi yang tiada batas. Dengan Rahmat & SayangNya buat kita, Allah tidak mungkin menjadikan tiap sesuatu dengan kebetulan dan Sia-sia, pasti ada hikmahnya yang mahu DIA ajarkan kepada kita.

Syukran Ya Rabb.. sungguh Sakit ini Nikmat!

Tuesday, May 10, 2011

ketenangan.

Assalamualaikum.

Petang ini saya rasakan begitu indah walaupun cuaca hari ini agak suram. Indah dan memukau pandangan, tersedar betapa hidup saya yang diciptakan Tuhan penuh dengan sejuta keindahan. Beberapa hari lagi, mungkin tidak lama pun, saya harus bersedia untuk hadapi exam seterusnya. Telah hampir beberapa malam juga tidur saya tak mahu lena. Memikir letak duduk masalah yang tak pernah sudah malah seakan bertambah-tambah pulak.


Dan syukurlah di petang ini, saya mampu menarik nafas lega. Lega kerana telah juga Tuhan menghadiahkan saya sebuah ketenangan itu. Namun masih juga saya bermurung-murungan. Mengenangkan satu nama yang tidak juga mahu surut-surutan.Ya Tuhan, limpahi kekuatan kepada saya dalam menjalani liku-liku kehidupan.


Jauh di sudut hati ini, bila saya renung2kan masa depan saya yang entah bila usainya, entahkan sempat mengabdi kepada Sang Pencipta, berbakti untuk abah, entahkan terus dikambus ke tanah. Saya melihat perjalanan hidup seperti telah amat teliti diaturkan Sang Pencipta. Setiap keluhan membutirkan hikmah yg seringkali dianggap bencana yg menimpa. Lalu terlupa pada kenikmatan yg dikurniaNya. Ya Allah Ampunilah hambaMu yang lemah.


Saya mungkin perlu belajar membuka hati. Belajar menerima keadaan kerana boleh jadi itulah yang paling baik buat diri saya sendiri. Tuhan tidak pernah zalim terhadap hambaNya. Mungkin tanpa sedar, permintaan yang saya pinta2 itu membuahkan kezaliman pada sesiapa di hujung perjalanannya.
Siapa sangka? Ah, hati.. sedarlah…


Yang saya pohonkan cuma satu. Agar insan2 yg saya sayang terutama keluarga saya senantiasa dikurniakan kebahagiaan yang berpanjangan. Semoga aman damailah hidup dengan pasangan2 dan keluarga2 mereka. Yg mana saya cuma mampu lakukan dengan menadah tangan dan duduk bersimpuh mengadap tuhan..

Tuhanku yang penyayang,

Kau berikanlah sedikit kelapangan pada jiwa2 yang dibelenggu ujian, agar tenang mereka2 itu, aman dan damai dalam linang kasihMu.
Aamiin Ya Rabbala'lamin..

...........................................................................





Kekasih,
Aku hanya pernah menyebut namamu dalam pintaan doa kudusku.
Menunggu-nunggu dikau datang memberiku sebentuk cinta yang aku puja2. 
Namun setelah sekian lama, cinta itu tidak juga kunjung tiba

Kekasih,
Aku hanya pernah memimpikanmu dalam mainan tidurku. 
Bertemu dikau dalam malam2 sunyi, lalu engkau tersenyum padaku minta dikasihi. 
Namun setelah aku sedar dari lena, bayangan wajahmu turut pergi jauh dan bagai tidak bisa aku sentuh2

Kekasih,
Aku ingin benar menuliskan namamu di halaman putih ini. 
Melakar setiap sifat dan perilakumu, kebaikan dan ketinggian peribadimu.
Namun aku terlalu takut, takut engkau nanti akan mengatakan aku ini apa-apa. 
Perempuan sulit yang tak pernah sudah2

Jadi biarlah namamu aku simpan dalam hati. 
Segala peribadimu aku rakamkan dan letak kemas2 dalam memori. 
Aku akan tetap mendoakan kebahagiaanmu. 
Tetap mendoakan kerahmatan rumahtanggamu yang bakal engkau lalui itu. 
Mungkin telah ditakdirkan tuhan engkau bukan milikku dan aku bukan milikmu

Kekasih,
Aku akan terus bercakap2 dengan tuhan.
Mungkin juga Dia akan menghadiahkan aku sebuah cinta dari jalan yang tidak aku sangka2kan. 
Siapa tahu, kesedihan ini adalah satu hikmah tanda sayangya Dia padaku. 
Tanda kudusnya kasih Tuhan pada hamba2nya yang sering tidak tahu

Aku akan belajar menerima kenyataan. 
Belajar hidup dengan kesyukuran. Belajar bersabar dengan setiap perit dugaan. 
Terima kasih sayang, membenarkan aku merasai kemanisan cinta. 
Walupun manisnya itu tidaklah selama mana

 Selamat berbahagia…


p/s : baru terperasan penulisan saya kali ni amat berlainan dgn yang sebelumnya,
       mungkin, dipengaruhi suasana petang yang tenang. setenang jiwa saya membaitkan kata-kata.
       kepada yang tidak suka, mohon maaf dipinta kerana ini cerita hidup saya.

Monday, May 9, 2011

1 paper down , 6 more to go

Assalamualaikum

It's nearly 8pm now , and I'm sitting here mentally and physically exhausted with poor condition 'Demam'. I'm just starting with my last assignment. It was extra stressful. So , 1 papers down, 6 more to go. I just can't wait to finish my finals and finish my sixth semester before I leave for good.

Terbaca dari satu entri istimewa. Kagum dan tersedar. Apa yang akan jadi esok dan masa akan datang, soal jodoh dan ajal semuanya rahsia Allah. Satu persatu Dia akan bagitau. Kita sebagai hamba-Nya, hanya menunggu dan redha dengan ketetapan dari-Nya.

Just leave.
Yang lepas tu lepas lah , Nurul.
Move on, okay^^

I just realised , I don't need you anymore in my life. InsyaAllah, i can do this. It's silly to say that I won't care what people think of me. Of course, I'm going to care. Tipulah kalau kata tak, kan? I care. I still care. Cumanya, awak bukan apa-apa lagi untuk saya.

Memilih untuk lari dari masalah ,
Memilih untuk berpura-pura macam langsung tak ada masalah ,
Memilih untuk bersedih semata-mata nak tengok orang lain gembira ,
Memilih untuk bersabar dan utamakan perasaan orang lain ,
That's not the right way , I think.
Pointless.
Terlalu nak jaga hati orang lain , hati sendiri siapa nak jaga ?  
semoga Allah sentiasa menjaga hati saya...



Sorry ye, saya nak bersyahdu sikit waktu2 camni=)
Semoga Allah senantiasa bersama-sama saya.
Aamiin Ya Rabbala'lamin..

Saturday, May 7, 2011

You really mean to me. till the end of my life

Assalamualaikum
Buat wanita yang sentiasa sempurna di hati 'your-one-and-only-princess' ,
Selamat Hari Ibu !

Wanita ini , HIDUP SAYA
Wanita yang sentiasa 'stuck' dalam hati ,
mana-mana saya pergi saya mesti ingat Mak. 
Mak sentiasa menjadi wanita kebanggaan saya sampai bila-bila.

She's my everything - dunia dan akhirat.
 
 
 
 Bagi saya , setiap hari adalah hari Ibu.
Dan untuk itu , saya bersyukur. Alhamdulillah. 
ibu segalanya bagi saya.

Terima Kasih atas karunia suka dan duka...




Assalamualaikum sahabat..

Kadang-kadang” Allah berikan apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahukan”....

Pada hari ini saya menerima satu dugaan yang begitu berat saya rasakan yang terpaksa saya tempuhi. Dalam keadaan yang tidak berapa sihat ini, terasa diri begitu lemah untuk menghadapinya. tambahan exam semakin dekat.Tapi saya kuatkan hati dan semangat. Allah tak berikan sesuatu ujian yang tidak mampu dihadapi oleh hambanya. Segala apa yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah. Saya redha.

Saya perlu kuat. Saya perlu tabah.

Kadang-kadang sesuatu ujian itu datang untuk menjadikan kita lebih matang dan menghargai sesuatu yang kita miliki. Kita perlu berusaha untuk redha dengan keadaan yang telah Allah tentukan untuk kita. Mungkin hikmahnya belum kelihatan.

Memang susah untuk memujuk hati supaya menerima dengan hati terbuka. Namun perlu berusaha dengan sedaya upaya. Bila Allah timpakan sesuatu ujian mungkin kerana dia nak berikan kita nikmat yang lebih besar lagi. Jadi saya perlu banyakkan sabar.

Ya Allah, berikan saya kekuatan untuk menghadapi ujianMu ini. Jadikan saya insan yang tabah dalam apa jua cabaran yang kau tetapkan untukku. Jadikan saya lebih hampir kepadamu. Jadikan ini permulaan untuk saya lebih berjaya dan menjadi seorang yang kuat menghadapi cabaran hidup. Dan sentiasa mengingatkan diri saya kerna hidup tak kemana.. akhirnya bakal bertemu denganNya jua. Amin
‘Hasbunallah wa ni’mal wakil’

(Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Maka mereka kembali dengan nikmat dan karunia (yang besar dari) Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan, Allah mempunyai karunia yang besar) < QS. Ali-Imran: 173-174 >

pesanan terakhir saya....
Awak tahu tak
saya tak pernah lupakan awk
Tapi bermula saat ini saya harus lupakan awak
Mahu tak mahu kehidupan ini harus di teruskan
Kerana saya masih punya keluarga..rakan2
Dan mereka yg masih lagi menyayangi diri ini
 insyaAllah
^^
Pesan saya
Sayangilah dirinya seperti mana
Saya pernah menyayangi awak
  ambil berat tentang dirinya seperti mana
Saya pernah mengambil berat tentang awak
Suatu ketika dulu

Jangan pernah sakiti hatinya
Jangan pernah khianati cintanya
Dan jangan sesekali tinggalkan orang yang awak cinta
Untuk orang yang awak sayang

Jika ada kekurangan pada diri si dia
Jadikan lah kekurangan itu sebagai kelebihan
Yang tidak pernah ada pada orang lain
Angggap lah bercinta dan berkongsi kasih sayang denganya
Ialah peluang kedua untuk menjadi kekasih yang lebih baik

Malah jika benar cinta awak itu kepadanya
Maka berdoa lah semoga ia menjadi kekasih halal awak
Agar cinta awak dan dia
Terus di redhai Allah di dunia dan di akhirat

Mungkin si dia bukan yang pertama bagi awak
Tapi biarlah si dia yang terakhir buat awak
Ingat jangan di cari lagi cinta yang telah tersedia ada
Tapi jaga lah ia
Kerana sedalam mana pun cinta itu
Akan hilang kalau tak di jaga

Sesungguhnya cinta semalam lah
Yang menjadikan siapa diri kita pada hari ini

Doa saya...
smg awk dipercepatkan jodoh
serta kebahagiaan senantiasa mengiringi awak.

Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, 
dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: ’aku turut bahagia untukmu
(^_________^)

p/s: jaga diri awak and keluarga sebaik mungkin.semoga senantiasa dalam limpahan Rahmat Allah
jangan lupa doakan saya disini smg dipermudah mghadapi final year exam.
juga..
segala ilmu yg dikongsi bersama, mohon dihalalkan. 

Semoga Allah menjadikan kita dari golongan yang mengerti segala sesuatu daripada Allah, dan jangan menjadikan kita dari golongan oyang yang lalai dan semoga Allah menjadikan kita di jalanan orang-orang muttaqin dengan kurnia dan kemurahan~Nya.

Jgnlh tergesa untuk mngekspresikan cinta kpd dia sblm Allah mngizinkn.Blm tentu yg kau cintai adlh yg trbaik untukmu. Siapakh yg lbh mngetahui mlainkan Allah?? Smpanlah sgla bntuk ungkpn Cnta & derap hati rapat2,Allah akn mjwbya dg lbh indh dsaat yg tepat...
InsyaAllah....
Aamiin Ya Rabbal'alamin



Thursday, May 5, 2011

oh...exam fever

Assalamualaikum

Tonight just proceed for entry topic. Talking about taking chances, my chance to under-perform in the coming exams is HUGE if i don't start to be serious. i should just leave this blog alone for a while. take a day off from the crazy world of internets like FB. try to focus on my immediate proposes in life. get an A.
 
 
:: bedebar ::

Ya Allah,semoga saya dapat jawab dengan tenang dan mengikut skema jawapan yang dikehendaki..

Tenangkanlah hati ini.Moga ilmu yang da dipelajari dapat digunakan dengan sebaik mungkin..Kuatkanlah ingatan saya Ya Allah.Moga apa yang saya baca ,saya hafal kukuh dalam ingtan saya.

Mintak maaf kat sume yang penah terasa ngn saya.png teckp kasa ke.tergurau lebih,teremo xtentu pasal,terbuat benda yg ntah pape,termengumpat ke, yang penting sy da maafkn sume yg sy berkecil ati seblm ni.xpela mgkin ade hikmah atas ape yg berlaku =))


huff...takut tgk jadual exam(_ _")



Ya ALLAH..I am too nervous right now.

 



Ini adalah ketidakstabilan yang dahsyat dan menggerunkan. Penangan 7subjek menjadikan saya,


begini.....MySpace

dan begitu.....MySpace


dan jua seperti ini...MySpace



mungkin macam ni.MySpace



finally i hope it will not end like this...



 MySpace

 p/s : tolong doakan saya taw kawan kawan. :)

Monday, May 2, 2011

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Assalamualaikum....

rasanya dah lama sy tinggalkan dunia blog. Al-maklumlah schedule sy this sem sgt padat. Semakin hari semakin stress, itu lah yang rasa kehidupan saya kebelakangan nie. Final year memang mengajar saya erti kesabaran sangat sangat. sy kena get ready everything untuk final ni. tolong doakan saya taw kawan-kwan^^. Hopefully takde yang sangkut. Amin. Sebab saya tak kesah pasal diri saya cuma tanak mak ayah sedih dengan pencapaian sy. Yang penting skrg, im home sweet home^^,

Sekarang, saya sendiri dah xda desire nak bukak facebook. ntah la, tak tahu kenapa. Facebook dah tak macam dulu. kawan-kawan yang sy sayang semua semakin menyendiri. takpelah, saya jaga hati orang, hati saya pon lama lama tenang jugak. Sedikit sebanyak perkara nie memang mengajar saya lebih tenang dalam mengatasi masalah nie. Kadang kadang saya sendiri tak sangka saya boleh sabar tabah dah redha dengan apa yang jadi. Pengalaman banyak mengajar kita untuk bersiap sedia dengan apa yang jadi.
saya masih menantikan someone tu online even kadang kadang saya hanyut dengan jalan yang saya pilih.Huhu. takpela nurul, pasti ada hikmah disebaliknya dan mungkin Allah sedang merancang sesuatu yang terbaik untuk saya, so sabar lah. :)


Now, proceed...

okay later continue lagi but before, i want share something with you all.it really mean to me. seriouslly. Kata-kata yang sedikit sebanyak memotivasikan diri yang yg perlu dimotivate'kan ni,hehe. InsyaAllah segalanya sy serahkan kepada Allah sebab sekarang saya nak utamakan apa yang perlu diutamakan dahulu.=)


Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui,  saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
 
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA..
Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..
” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
.
Tetapi jika kelemahan masih tidak mampu , maka bersabarlah.. berdoalah.. berpuasalah..
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )


Cukup cintai dia dalam diam.
Bukan kerana membenci hadirnya.. tetapi menjaga kesucinnya bukan kerana menghindari dunia.. tetapi meraih syurgaNYA bukan kerana lemah untuk menghadapinya.. tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup..
.
Cukup cintai dia dari kejauhan.
Kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkannya dari ujian.. kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan.. kerana mungkin sajakan membawa kelalaian hati-hati yang terjaga..
.
Cukup cintai dia dengan kesederhanaan.
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan.. menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagiaan para syaitan..


Maka cintailah dia dengan keikhlasan.
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati.. tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..?

~ Pilihan ALLAH itu yang TERBAIk
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
.

Cukup cintai dia dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan dan keikhlasan..

Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan.. mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan..

Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan.. serahkan rasa yang tiada sanggup dijadikan halal itu pada Yang Memberi dan Memilikinya.. biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya..

” Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga” (Umar Bin Khattab ra)

Sumber: kiriman email seorang teman~~

Saturday, April 16, 2011

Schedule of this April untill May 2011



 SUBMIT SHM2013 - DONE  
SUBMIT JTH3123 - DONE 
      PRESENTATION SMH2013     
PRESENTATION JTH3123
SUBMIT JIB3143 (GROUP)

  SUBMIT JTH3053 (GROUP)
SUBMIT JIB3143 (INDIVIDUAL)

FINAL EXAM (9/5 - 26/5) :
(BJIB3143, BJMP2033, BJMP3073, BJQP2023, BJTH3053, BJTH3123, BSMH2013)

(_ _")O0uchh..can't believe..
Ya Allah, permudahkan setiap urusan hambamu ini...

Friday, April 8, 2011

saat itu


 Ini adalah impian saya, 
impian untuk menjadi seorang isteri
yang mampu menjaga maruahnya dan agamanya,
boleh melahirkan zuriat, bijak menguruskan dirinya dan keluarganya, 
pandai memasak dan cantik luar dan dalam untuk suaminya. :)



 
Nak anak comel macam nie boleh ?
(@_@)

For you sweetheart ! :)

i love you, i miss you, i need you
dont forget me
take care sayang
i'm hear waiting of you

Love,
~nuruL~

Monday, April 4, 2011

Pulau Jejuku, Balinya Korea.

Assalamualaikum...

Dear future husband....saranghae !! you must be busy right..
harap2 awak sihat dan sentiasa dibawah lindungan-Nya.
kita nak cakap kita rindu kat awak je^^
(enough)

haa...kali ni saya nak story2 sikit pasal pulau Jeju, Korea. 
Pernah sampai tak ke sana?.. saya pastilah pernah.. pernah sampai daLam mimpi.. Hehe..
Teringin la nak pergi..Bestnya.. bestnya..
Dear...yang hansome, sweet, ganteng, comel and etc...
bila awak nak bawak saya ke sana ye?:p

Dari dulu sampai skrg , impian saya xpnh nk brubh .
iaitu , nak g Koreaaaaaaaaaaaaaa !
nk jejak pulau jeju ! sekali pun cukup lah^^sane sgt..sgt..sgt.. cantik .
pantai . bunge . mee kicap . kimchi . fried rice .

someday , ill b there with you Sayang . insyaallah :D
Hadiah Honeymoon kita okeh? hehe

sebelum tu mari kita lihat beberapa fakta tentang pulau ini okeh...^_____^



~Jeju Island is the island located at the end of the Korean peninsula
~ Mother of the Jeju Jeju City
~ There is a mountain, Mount Halla on the island which is the highest island in South Korea
~ And I know about the existence of this island of pounds because you see the story of Korea .... usually this island has always became a choice for the acting.



ok dah sekarang mari kita preview pulau itu~
these are the reasons why i want to go there so bad...
especially with my love la. kan..kan..sayang^^
jom berangan pergi sana bersama2.....haha



nah lagi.......






subhanAllah..sungguh indah ciptaanMu.......








oooooooooiiihhsss...ternganga kejap

sungguhku mengagumi kebesaranMu ya Tuhan~
cantik kan..kan..kan....sungguh cantik sangat
terasa damai dan tenang je kat sana


rasa mau kesana sekarang jugak
i love this muchos!
mcm romantik je tempat ni kan
so romantikkk...hahaha
suka scenary dia.sngt nice
bila aku boleh pergi sana nih
nmpaknye kena start menabung dari sekarang
satu hari masuk tabung seposen dua...nanti dah kawen ajak
my husband pergi...hee..hee
tp ni one of my dream dream..
oh my Jeju...i will try to reach u one fine day!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...