“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Thursday, January 13, 2011

Hawa.... a reminder for you and also for myself :)

Hawa..,

Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau masih ibu, didiklah anakmu sehingga dia tidak gentar memperjuangkan ad-din Allah .

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu , ingatlah hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disususli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa…

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemajaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang baik tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.

Oleh itu hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu , kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongna jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu , cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.

Hawa…..
  
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah . Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah .Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga. Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki.
         ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tolong sampaikan pada si dia…
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..  

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya..

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..

Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri…

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia bagai seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..
Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…

hawa....,
Jangan mengeluh =)
because...janji Allah itu benar =)
kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan

سُبْحَانَ الَّذِي خَلَقَ الْأَزْوَاجَ كُلَّهَا مِمَّا تُنبِتُ الْأَرْضُ وَمِنْ أَنفُسِهِمْ وَمِمَّا لَا يَعْلَمُونَ

Maha Suci Tuhan Yang telah menciptakan makhluk-makhluk semuanya berpasangan; samada dari yang ditumbuhkan oleh bumi atau dari diri mereka ataupun dari apa yang mereka tidak mengetahuinya.
Surah Yasin ayat 36 (36:36)


Jihad!...don't let yourself get carried away by your nafs

Tuesday, January 11, 2011

flu...flu..flu.. uhukkk3:(

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Hye all. How are you ? Saya ? tak berapa nak sihat sangat. Kesihatan yang tak ok sangat 2 3 hari ni. flu, sore throat~~~ ohhhh… ahh proceed. Banyak benda nak story..

Welcome to new sem...new life..new goals...and...must make a change for the sake of a successful..insyaAllah...
Bagaimana permulaan 2011 ?? macam itulah. Sedikit kata-kata motivasi untuk diri sendiri; insyaAllah saya lebih tough. well, tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. Orang akan pelik & Tanya, “apalagi yang engkau tak dapat Nurul?” bukan itu maksud saya. Tapi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita kan. Biarlah kita miskin harta di dunia, tapi jangan miskin ilmu, jangan miskin pahala untuk bekalan di akhirat. Got it ? ada hikmahnya, besar hikmahnya yang mana kita tak nampak. Percayalah, Allah sayang pada hambaNya yang banyak berdoa padaNya. Jangan berputus asa dengan rahmat Allah.

Result?? erk. hahaha... huhuhu... im scare.. tu je yg dapat di "concludekan" .. 
Sebab apa, sebab saya kan banyak main-main...*_*

Social life?? No life. I mean, takde nak fun sangat. Bukan sebab tak happy, tapi sebab rotate benda sama yang membosankan..huhu

Last but Not least, all the best semua-semua...
Ayat pun dah tunggang terbalik sebab dah tak boleh nak fikir dengan elok.
Sekarang saya lebih banyak memendam. Banyak lagi saya pendam. Maybe saya dah balik pada perangai dulu yang banyak pendam. Baru ni saya berubah kejap jadi boleh meluahkan pada 'teman akrab' saya. Sekarang kita jadi orang yang memendam balik. Ahah. Dalam hati orang tak tahu kan. Relax ah babe, Allah kan ada. Allah tak pernah kecewakan kita...

Upss!! lupa tinggal pesan..
Untuk awak..
Saya sentiasa doakan awak. Semoga awak berjaya dalam kerjaya awak, dalam bidang awak. Saya happy sebab awak semakin berjaya. Siapa pun awak suatu hari nanti, jangan pernah lupa pada orang-orang yang pernah bantu awak, berkorban untuk awak, yang pernah bersama awak, jangan lupa pada Pemberi nikmat, rezeki, serta kejayaan ni. Kat mana pun awak berada, semoga tetap dalam agama yang di redhai. Kejayaan bermula dari bawah, dari kecil yang menjadi semakin besar. Jaga keluarga, Jaga solat, jaga diri, jaga akhlak, jaga aqidah. itu je yang saya harapkan dari awak...Walau tak bersama, awak tetap vip dihati saya^_^

Tak kisah la tak dapat harta yang banyak di dunia, tapi sangat kisah kalau tak dapat redha & keberkatan Allah di dunia, juga sangat takut kalau tak dapat syurga Allah di akhirat nanti.. Aamiiin..

Wallahualam..

Sunday, January 9, 2011

Menamakan Anak

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Jangan salah anggap title kali ye tuan2,puan2 bapak2, ibu2 yang dirahmati Allah sekalian..ngeh3:p saje nak mebuka topik ni sebab suke-suke je ..huhu.. Apa pandangan sahabat-sahabat? ade idea untuk letak nama baby? atau nama-nama yang sahabat-sahabat admire dari dulu ke... atau nama yang baik yang boleh dikongsi bersama... 
But if saya ada anak la, Insya-Allah, just letak a simple name jer, ada dalam hadith, kalau disebut nama penuh kita oleh orang, dapat ganjaran pahala, Insya-Allah:)

Di dalam Islam, kita dianjurkan supaya memilih nama-nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita. Ini kerana nama itu akan menjadi pengenalan dan panggilan kepada anak kita seterusnya melambangkan dan membezakan antara kita dengan orang lain
lebih-lebih lagi antara Muslim dengan bukan Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari qiamat dengan nama-nama kamu, dan
nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu."

(Riwayat Abu Daud)

Dalam menamakan anak ini syarak telah menetapkan beberapa panduan untuk memilih nama anak sebagai berikut:
a. Hendaklah nama yang dipilih itu memberi pengertian dan maksud yang baik. Sehubungan dengan itu kita dilarang untuk menamakan anak-anak kita dengan nama yang buruk yang boleh menjejaskan kehormatan dan mungkin menjadi sendaan dan memalukan anak tersebut.
b. Jangan namakan anak dengan nama-nama yang khusus kepada nama Allah seperti Ahad, Ar-Rahman, AL-Khalid dan sebagainya. Sekiranya nama ini hendak diberikan kepada anak kita maka hendaklah disertai dengan nama lain di hadapannya seperti Abdul Rahman, Abdul Khalid dan sebagainya.
c. Jangan menggunakan nama yang dikaitkan dengan Abdul (hamba kepada lain dari Allah seperti Abdul Uzza (hamba berhala Uzza), Abdul Nabi (hamba kepada nabi) dan sebagainya.Ulama bersepakat mengatakan bahawa menamakan sedemikian adalah haram.
d. Elakkan dari menamakan anak dengan nama-nama orang kafir atau nama-nama yang menyerupai nama bukan Islam seperti Jon, Sally, sebagainya.

So....
ade jugak la terpikir 2,3 nama my future baby..chewaaahhh!! 
  1. Damia Humaira~~Keberkatan,berpipi merah (humaira adalah panggilan Nabi untuk isterinya)
  2. Alya Humaira~~ketinggian
  3. Danish....ape ye..menyusul kemudian.... hehe
  4. to be continue...hihi 
  5. cukup2 le tu..wakaka 
Yang penting makna pada nama itu adalah doa.
kita pon leh juga amik nama2 pahlawan serta para sahabat nabi pada zaman dlu,contohnya hanzalah,amru,mus`ab umair(nama ni saya suka),asiah,aisya`,mariah(nama isteri nabi),mujahid,banyak lagi..
 
Moga anak2 nanti menjadi sehebat nama mereka..ameen..
"ya Allah kurniakan kami anak2 penyambung zuriat,pewaris anbia,penyejuk mata.."

Friday, January 7, 2011

Apa yang di cari?

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
 
Pejam celik dah tak sampai seminggu saya nk balik campus.. dan good newsnye, da tinggal 1sem jer lagi nk tamatkan sisa2 hidop di bumi sintok tu..waaaaa:))) mcm tak caye je kan? hehe... pas grad nnt pe nak buat ye?hurm.. kawin? uhuuuiii mmg nak tapi belum masanya..
kawin sonang tapi lepas kawin tu camne ye.. tunggu je la kalau dah sampai seru, kawin jugak. hehe..

Bila bosan dan kesunyian pasti my electronic diary ni jadi peneman setia..
Entry untuk 2011 ni lebih positif sikit dr tahun sebelumnya.. yelahh.. bak kat pujangga " berusahalah agar hari ini lebih baik dari sebelumnya" huhu.. caiyo' nurul..i know u can do it!! walllaaaaa.. semangat betol minah ni..kui3:p

Malam ni nak merepek sikit pasai kenapa yang depan mata kita susah nak nampak???... haiiish rabun kot..~~saya la tuh!! hehe(^___^)
lumrah kehidupan kan? saya sendiri pun tak faham kenapa kita perlu terkejar-kerjar sesuatu yang tak pasti sedangkan kita tau, benda tu memang takkan kita dapat. susah nak puaskan hati sendiri...hurm=(

celik mata
buka hati
pandanglah segenap penjuru
jejaklah tiap lorong
agar kau dipermudahkan

kenapa kita masih nak sakitkan hati kita sedang kita tahu apa akibatnya?
kenapa perlu kita berpura-pura rabun sedang kita tahu dihadapan kita terbentang luas bukti yang hakiki?
kenapa masih menanti pada yang sudah tertutup pintu hatinya untuk kita?

tahu tak apa maksud sia-sia? bagi kita yang terbuta, sia-sia itu tidak pernah wujud.

yang ada hanya kepuasan.

kerana kita fikir kita dapat menggembirakan hatinya
kerana kita fikir dia bahagia dengan kita
kerana kita fikir dia perlukan kita

tapi hakikatnya?

t.i.d.a.k

kita tersilap rupanya. mengapa?

kerana kita sanggup melepaskan sesuatu yang baik, sedang kita sendiri mengejar sesuatu yang belum pasti.

Kadang-kadang Allah tidak memberi seseorg seperti kita kehendaki,
Akan tetapi Dia memberi kita seseorg yg membantu kita, menyayangi kita atau melukakan kita supaya kita dapat jadi insan yg sepatutnya...

La' Tahzan

Wallahu'alam..

Sesungguhnya sholatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, sangat hati-hati dan sangat khusyuk sholatnya. Namun dia selalu kuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk. Maka ia selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih khusyuk dalam ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang budak bernama Hatim Al Isam dan bertanya, “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan sholat ?”

Hatim berkata, “Apabila masuk waktu sholat aku berwudhu zahir dan batin.”

Hisam bertanya,”Bagaimana wudhu zahir dan batin itu ?”

Hatim berkata, “Wudhu zahir sebagaimana biasa, yaitu membasuh semua anggota wudhu dengan air. Sementara wudhu batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara:

1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gila dunia
4. tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya’)
5. tinggalkan sifat bangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata,”Lalu aku pergi ke masjid. Aku menghadap kiblat.
Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, surga disebelah kananku, neraka disebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian jembatan Sirotol Mustaqim. Aku juga menganggap bahwa sholatku kali ini adalah sholat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.”

Setiap bacaan dan doa dalam sholat kupahami maknanya, kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhu. Aku bertasyah-hud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersholat selama 30 tahun, sebagaimana firman Allah, “Sesungguhnya aku menghadapkan diriku kepada Tuhan yang menciptakan langit dan bumi dengan cenderung kepada agama yang benar, dan aku bukanlah termasuk orang-orang yang mempersekutukan Tuhan.” (QS. Al An’am 6: 79)

Isam mendengar dengan penuh takjub, menangislah dia karena membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Soalan yang pertama yang akan ditujukan kepada kita di akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah bersama membaiki solat kita agar segera dapat bantuan dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak kembali daulah Islam.


Peringkat 1
Kita boleh lihat hari ini ada umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik (pun masuk nerakajuga) kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.


Peringkat 2
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.


Peringkat 3
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang. Orang ini jatuh fasik.


Peringkat 4
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya,tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.


Peringkat 5
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.


Peringkat 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya.

Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa. Allah belum lagi cinta orang ini.


Peringakt 7
Golongan yang mengerjakan sembahyangyang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya.

Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.


Peringkat 8
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya.

Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )


Peringkat 9
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang.

Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya.

Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsung ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak yang agung ialah peringkat 7, 8 dan 9 sahaja.

Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain jatuh pada kufur fasik dan zalim. Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.

Sunday, January 2, 2011

Hari ini dalam Sejarah....=p

Assalam..
Bimilllah...
Tak sangka pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru dah. How fast time flies kan? Umur pun makin meningkat. Haihhhh...

Eh, taknak cakap pasal umur lah. I'm Forever 23 kot. Haha...~~Alright alright. Enough crapping=p
Actually, entry today nak cakap pasal kek Coklat laa.huhu.. 
Hari ni saya buat kek coklat. Ni pertama kali saya buat... resepi dari internet kot. teringin nak cuba.. Alhamdulilah menjadi jugak sikit2..adalah rupa kek coklat tu..hihihi=p
Semalam semangat  ajak makcik gi beli bahan-bahan buat kek..So, gi beli habis la dalam 30hinggit lebih..hehe.. nak try punya pasal kan,muka habis comot dgn tepung tapi sanggup...=p

Bahan-bahan buat kek coklat ni saya senarai kat bawah, kalau korang teringin nak buat boleh follow resepi ni:)

* 250 gm mentega
* 1 1/2 cawan gula castor
* 2 cawan tepung kek (tepung naik sendiri)
* 1/2 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair
* 1/2 cawan air ais (air yang disejukkan)
* 1 camca teh esen vanila
* 3 biji telur ayam gred A atau 4 biji telur ayam gred B.
sedikit chocolate rice atau badam cincang.

Toping:

* 250 gm cooking chocolate
* 3 camca makan susu cair
* 2 camca makan susu pekat
* 1 camca makan margerin atau butter.


 
Ni lah rupanya mentega & gula castor.mix sekali.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.


 
Setelah itu, Masukkan telur ayam sebiji-sebiji.


Setelah di gaulkan bersama, ini hasilnya, kemudian diselang seli dengan susu cair.
Jangan lupa,masukkan esen vanila.


 Serbuk koko yang telah di ayak(lupa lak nak gtau tepung dgn serbuk koko perlu diayak terlebih dahulu), kemudian dimasukkan kedalam adunan tadi.


Ini adalah hasil dimixkan kesemuanya tadi. Pakai mixer tau buakn pakai tangan.hehe=p

Oven mulai dipanaskan dengan...(suhu 1700 C)

Loyang dibersihkan juga disapu mentega untuk mengelakkan adunan melekat setelah siap dibakar nanti. Adunan tadi kemudianya dimasukkan kedalam loyang seterusnya dibakar di dalam oven.


Tadaaaa...hasil adunan tadi setelah siap dibakar=p
eh eh belom siap lagi ni...huhu..nexttt.....


Yang ni pulak cara membuat Toping.
1.Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.

 
  Jeng...Jeng..Jeng....
Inilah hasilnya kek coklat lembap made by me..hoho=pTabur dengan chocolate rice atau badam cincang (jika suka). Tapi semalam kat kedai xde chocolate rice so sy bantai pe yang ade jelah, hiris epal then tabur je..hihihi:p
SELAMAT MENCUBA YE KAWAN2!!=P

Motivasi pagi=)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Semoga semuanya sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi..... Di keheningan pagi ini, terpanggil saya untuk berkongsi pelbagai cerita. Sedikit pandangan peribadi serta motivasi diri tentang cinta.. walau ini kerap kali dibicarakan, namun bukan mudah untuk melaksanakan, andai tiada tekad dan azam. Cinta tidak kesampaian atau putus cinta, remeh tapi berat bagi yang menanggungnya.. InsyaAllah, mudah-mudahan bermanfaat buat kita. Dengan izin Allah swt.

Sekali lagi maaf, masih berkisar kepada permasalahan cinta. Melengkapkan trilogi cintan-cintun, kali ini saya ingin bincangkan pula perihal putus cinta.

Dalam Islam, perceraian dibenarkan andaikata sebuah perkahwinan itu sudah tiada jalan lain untuk diselamatkan, andaikata meneruskan perkahwinan mendatangkan lebih banyak mudarat. Penceraian dibenarkan, bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak samada suami atau isteri untuk memulakan hidup baru dengan cara yang tersendiri.

Mulakan hidup baru. Bekas suami dengan jalannya sendiri dan bekas isteri pula dengan hidupnya sendiri, di samping beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi.

Jika pernikahan yakni ikatan yang sah juga boleh diputuskan, apatah lagi dengan 'couple'.

Seandainya salah seorang dari pasangan menyedari, dengan bercouple, makin menjauhkan diri dari Allah, makin membuatkan diri lupa kepada Allah, menambahkan lagi dosa dan maksiat, membuat hidup makin tidak keruan, membuat jiwa dan perasaan makin terseksa, mengakibatkan prestasi dalam pekerjaan atau pelajaran kian merosot, maka jalan terbaik adalah berpisah. Putuskan hubungan dengan si dia.

Seandainya si dia tidak bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tidak menghargai dan tidak mempunyai perancangan untuk melansungkan pernikahan. Andainya saban malam melakukan istikharah, masih juga tidak mendapat sebarang petunjuk atau tanda, maka bulatkan tekad, putuskanlah hubungan dengan si dia.

Bina hidup baru, mulakan hidup baru. Andainya si dia pergi meninggalkan kita, mengkhianati cinta kita, lepaskanlah dia pergi dengan berlapang dada. Ingat, dunia masih belum berakhir andai hidup tanpa dia.


Putus Cinta.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

[Surah Al-Baqarah ayat 216]

Tidak semua cinta bersatu. Bukan semua orang memiliki cintanya. Bukan semua orang dicintai oleh insan yang dicintainya. Nasib kita berbeza-beza. Ada suka ada duka. Ada pahit ada manis. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan seandainya cinta tidak kesampaian?

Pertama sekali, dekatkan diri kepada Allah, banyakkan ibadat. Tingkatkan keimanan dan keyakinan kita kepada qada' dan qadar Ilahi. Yakin bahawa Allah mempunyai perancangan-Nya tersendiri, kita hanya mampu merancang. Yakin bahawa setiap apa yang berlaku semuanya adalah kehendak dan suratan takdir. Yakinlah bahawa Allah memberi dugaan hanya kepada hamba-Nya yang mampu. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sujud dan sembah hanya kepada Allah, menangis dan mengadu, mohonlah petunjuk dan pertolongan daripada Allah. Dia Maha Berkuasa atas segala makhluk.

Setiap hati yang luka berdarah, pecah berkecai mampu mengundang titik jernih mengalir dari kedua kelopak mata. Menangislah. Luahkan segala kesedihan yang terbuku di dada. Namun harus diingatkan, menangis pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai lupa solat lupa makan lupa segalanya. Jangan sampai peredaran siang atau malam lansung kita tak sedar. Sapulah airmata, bangkitlah dari kesedihan.

Menangis hanya menambahkan lagi kesedihan. Menangis hanya membuatkan jasad dan mental kita kian lemah. Menangis tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah. Sapulah air mata, usir segala kedukaan jauh-jauh. Jangan biarkan sejarah silam merosakkan masa depan. Past is past, gone is gone. Biarkanlah apa yang berlaku terus berlalu kerana yang berlalu, pastinya tidak akan berlaku lagi.. Kita hidup harus sentiasa memandang ke hadapan, usah menoleh kebelakang.

Jangan paksa diri untuk melupakan si dia serta merta. Beri ruang masa kepada diri sendiri untuk melupakan si dia secara 'semulajadi'.

Cara yang paling berkesan (kalau boleh) adalah berpindah ke tempat lain. Ini kerana biasanya, jika kita terus di tempat yang sama, membuatkan kenangan bersama dia sentiasa segar. Masih melakukan aktiviti yang serupa bezanya tanpa dia. Masih berjalan di lorong yang sama, bezanya hanya tidak ditemani dia. Pastinya, setiap sudut dan ruang, di mana-mana saja terbayang-bayang kenangan bersama dia. Ini mengakibatkan lebih memakan masa untuk melupakan si dia. Jadi, seboleh yang mungkin, elakkan dari terus bertembung atau bertemu dengannya. Dan kalau boleh, tukar nombor telefon atau alamat email, ini bagi mengelakkan diri kita dari terus tertunggu-tunggu panggilan telefon atau email darinya.

Hapuskan segala kenangan ketika bersama dengannya. Buang atau bakar segala barang pemberian, kad atau hadiah, gambar atau segalanya yang berkaitan dengannya. Sedekah kepada kepada sesiapa sahaja asalkan jauh dari pandangan mata.

Biasanya orang bercinta, kawanmu kawanku jua. Keluargamu keluargaku jua. Jadi, bila dah putus cinta, cuba kurangkan pergaulan dengan mereka yang boleh membuatkan kamu mengingatinya. Ini supaya dapat mengelakkan kita daripada terus bercakap atau bertanya khabar tentang si dia. Mungkin tak perlu 'buang seratus peratus' tapi cuba elakkan diri dari terus bercakap mengenai si dia.

Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat. Jangan beri ruang kepada diri sendiri untuk menyendiri, tidak berbuat apa-apa. Masa yang kosong jika tidak diisi dengan baik akan menyebabkan kita secara automatik terimbas kembali kenangan-kenangan silam samada pahit atau manis. Teringatkan si dia dan boleh menyebabkan rindu kembali bertandang. Bergaullah dengan kawan-kawan dan elakkan daripada duduk menyendiri. Dan pada masa yang sama, pastikan kawan-kawan kita itu baik akhlaknya.

Setiap kali bangkit dari tidur, senyum dan optimis, bisikkan dalam diri, "aku boleh hidup bahagia tanpa dia". Bersikap positif untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tanamkan tekad untuk membina hari baru dan hidup baru yang lebih baik dari semalam. Begitu juga sebelum tidur, jangan biarkan diri kita terus mengenangkan si dia, perbanyakkan doa dan zikir, biar sampai tertidur tanpa memikirkan si dia.

Putus cinta yang paling sakit adalah apabila dikhianati. Walau apa jua sekalipun, maafkanlah si dia. Terima semuanya sebagai ketentuan Ilahi. Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah. Selagi kita tidak memaafkan, selagi itulah dendam dan perasaan tidak puas hati itu memakan diri kita dan merosakkan jiwa kita. Jadi, belajarlah untuk memaafkan. Kemudian lupakanlah segalanya.

Lupakanlah keburukan orang kepada kita dan lupakanlah kebaikan kita kepada orang.

Lebih menyakitkan apabila putus cinta setelah diserahkan segalanya. Maruah tergadai, mahkota diri musnah.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Walau apapun, tidak kira apa jua yang telah berlaku pada hari semalam, kita hidup pada hari ini harus terus memandang kehadapan. Hidup perlu diteruskan jua. Biar perit biar pedih, selagi ajal tidak datang menjemput. Teruskanlah langkah kaki untuk terus mara kehadapan.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang berusaha mengubahnya. Jadikan kisah silam sebagai pengajaran buat kita, supaya kita menjadi lebih kuat. Jangan biarkan kenangan silam melemahkan lagi langkah kaki kita. Past is past, gone is gone.

Cinta dan rindu itu sakit. Putus cinta itu lebih menyakitkan. Makin dalam kita menyintai, makin perit sakit yang tertanggung. Allah ya Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.

Mohonlah pertolongan dari Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Ingat.. Kita tidak bersendirian. Allah sentiasa ada bersama kita. Setiap detik dan saat, Dia sentiasa melihat dan mendengar. Dia Maha Mengetahui, setiap rintihan dan rayuan kita. Dia mendengar suara hati kita. Panjatkanlah doa, mohonlah petunjuk dan pertolongan hanya dari Allah.

Cintakan bunga, bunga kan layu. Cintakan Ali, Ali pi kawen dengan minah. Cintakan Allah, kekal abadi.


Tiada cinta seindah cinta kepada Allah. Tanpa perlu belikan hadiah, tanpa perlu kad berwarna warni, hadiah mahal-mahal, cinta itu tetap akan mekar mewangi andai kita sentiasa menjaganya dengan baik. Selangkah kita mendekati, makin Dia menghampiri. Dialah yang mendengar rayuan hati, Dialah yang memakbulkan segala doa.

Allah ya Allah, tingkatkanlah keimanan dan kecintaanku hanya kepada-Mu. Jangan kerana cinta dunia aku lupa pada-Mu. Jangan kerana nikmat dunia, aku lupa syurga-Mu.

Allah ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang solehah, akhirkanlah hidupku dengan kesudahan yang baik, masukkanlah aku ke syurga bersama iman.

Amin ya rabbal alamin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...