“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Sunday, February 6, 2011

Kasihnya ibu membawa ke syurga...

Buat IBU, semoga rohmu dicucuri rahmat....
Tiada kasih yang ternilai di dalam dunia ini melainkan kasih IBU,
Tiada Pengorbanan yang besar selain dari pengorbanan IBU,
Tiada sentuhan yang halus selain dari sentuhan IBU,
Tiada syurga selain dari dibawah telapak kaki IBU,
Tiada airmata bernilai selain dari airmata IBU,
Tiada doa yang ikhlas selain dari doa IBU,

untuk IBU ... kaulah bidadari dan permata di hati ini.
Terima kasih kerana melahirkan aku ...
Ampunkan dosaku kiranya aku bersalah padamu ...
Semoga IBU ditempatkan bersama para solihin...


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Wahai rakan-rakanku sekalian, janganlah sesekali kau mengenepikan kedua orang tuamu. Kerana merekalah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka selagi mampu. Selagi kita masih mampu untuk membelai mereka, selagi kita masih mampu untuk membersihkan mereka, selagi mana kita mampu untuk membuat mereka tertawa selagi itulah terus berusaha. Janganlah jadi anak yang derhaka. Kerana walau seburuk mana pun mereka, mereka masih lagi ibu bapamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dirimu sewaktu kecil dahulu. Jikalau dahulu mereka akan menghalang nyamuk daripada menggigitmu, sekarang halanglah nyamuk-nyamuk daripada menggigit mereka. Lindungi mereka selagi mampu...
Wallahu'alam...

Itu yang Terbaik..Aku bersyukur...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

"Dengan Nama ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Sesungguhnya org yg tunduk dan patuh berserah diri kepada QadaKu,Redha dengan hukumKu, dan bersabar atas ujian dan cobaanKu,Nescaya Aku bangkitkan dirinya pada hari Qiamat kelak bersama2 dengan orang2 yg mempunyai mertabat siddiqin."
(HQR Dailami yg bersumberkan dari Ibnu Abbas R.A.)



Alhamdulilah saya sudah redha:) Redha dengan ketentuan darimu Ya Allah...However I often feel sad when away from you. Although we never met, I can feel an attraction between us. I hope you're still my friend... forever and ever..InsyaAllah.. 

Alhamdulillah juga, saya mendapat pulangan yang cukup indah daripada peristiwa  itu, hubungan kami semakin akrab dan perasaan yang sebelumnya pada si dia telah semakin pudar, itulah yang terbaik untuk diri saya dan saya perlu menerimanya sebagai kenyataan dalam hidup. Saya mesti bangkit untuk kehidupan dan BAHAGIA yang saya cari... mungkin saya perlu bermuhasabah diri mencari dan menilai di mana kelemahan diri agar saya lebih yakin bahawa apa yang berlaku bukan titik noktah pada sebuah kehidupan... Semoga perjalanan hidup ini diraih dengan sejuta Bahagia dan gembira... itu yang sering saya panjatkan dan doakan disetiap kali sujud pada yang maha ESA....

Apa yang utama pada saya sekarang adalah untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat disamping redha Allah juga ayahanda bonda. Sekarang saya sentiasa mengingatkan diri saya  just follow the flow because that is the best way create for us and no need to sad if we don't get what we want because what we get are the best for us...just happy with our life...
Allah know everything...

"Wahai hatiku yang satu......
Yakinlah ini hanya ujian,
Walaupun kdgkala aku seolah mahu tersungkur...
Hapuslah dan hilangkan deraian air mata yang menghangatkan pipi ku ini...
dan yakinkan lah hati mu...
Pasti ada hikmah dalam setiap kejadian yang menimpa....

Andai ini yg perlu harus aku lalui...
redha la engkau dengan segalanya ketentuan Nya...."

~~Bersederhanalah. Hidup ini umpama roda. Biar sedih maupun gembira , segalanya bukan abadi~~

Wanita ibarat rama-rama

Lihatlah rama-rama, ia cantik.

Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya. Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang...

Wallahu'alam...

Saturday, February 5, 2011

Layakkah Kita?

Kita Sebenarnya.....

......lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram !
......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal !
......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat !
......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan !
......lebih suka lepak, tidur, tengok TV...dll daripada Solat dan mengaji !

......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi-nabi Allah !
......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum !
......lebih suka menyanyi dangdut, rap, hip-hop...dll daripada berwirid atau bertahmid !
......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri !

......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama !
......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama !
......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka !
......lebih suka mencarut, @#!*@!! daripada menyebut MasyaAllah !
......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan !
......lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita !
.......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat !

TETAPI bila ditanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA.. ....lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka !

Layakkah kita dengan Syurga Milik Allah???


WALLAHHUALLAM........

Thursday, February 3, 2011

Aku tidaklah sehebat dirimu...

~~~termenung sudah~~~~~

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
 
Apa nak tulis malam ni ya? Itulah soalan yang kadang-kadang mencabar saya.huhu.. actually da masok hari kedua saya berada kat kg tercinta ni... saya takde keje nak buat... selain duk tengok gelagat adik2 saya yang mencuitkan hati...hehehe... :D terkadang bila tengok budak2 kecik ni, tengah marah pun boleh sejuk kan?? tercuit hati melihat telatah dieorang.. tak pandai pura2, jujur je...itu kelebihan budak2 kecik berbanding kita yang dewasa ni...


saya termenung memikirkan nasib blog saya ni...kenapa blog saya tidak sepopular Ben Ashaari….tidak sehebat Coretan Perantau…tidak secantik Gadis Terbilang…..tidak bermaanfat Semekar Kasih….. saya termenung jauh memikirnya….( homework pensyarah bagi tak pulak termenung sampai camni ) hehehe..nurul..nurul...

Bila difikir balik,memang patutlah…blog saya apa ada? Hanya sekadar luahan hati….siapa lah hendak membaca luahan hatiku ini….huhu.. Orang lain pun boleh buat juga.. Barulah saya tahu selama ini saya syok sendiri…..


Adakah cara penulisan saya tidak mantap? Atau aura blog saya tidak kuat seperti aura Mavi yang mampu menarik peminatnya? Pusing saya memikirkannya….. Apabila saya post entri,kenapa jarang orang tinggalkan komen? hihi...there's a lot of silent reader i guess
Hanya korang saja yang tahu jawapannya…..
Saya masih termenung dan terduduk sendirian bertemankan cahaya lampu…sebuah laptop kesayangan…sambil menjiwai lagu..haha...tetiba jiwang..

Namun,adakah saya dapat membuat pembaca blog saya menjiwai kata-kataku? 
ANDA YANG MENILAINYA…..

but...
i will do best la ..eh..cam exam la plak.. hehe... thanks to my followed..kira ramai jugak la lebih dari satu kan..hehehe....

nota kaki:
Neway, juz blogging care tersendiri pon ok je...
SyOk sndri la best. Kite x wat blog ikut syOk org laen =) hehe..







 



Thank you Allah;'(

I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from you

Ooooo Allah, you brought me home
I thank you with every breath I take

الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah


I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that's when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you

الحمد لله
All praises to Allah

Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope

O Allah, I wanna thank you
I wanna thank you for all the things that you've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank you for bringing me home

الحمد لله
All praises to Allah

الحمد لله

Wednesday, February 2, 2011

Krisis Darurat Di Mesir..Doakan segalanya Selamat...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak.Ramai pelajar2 Malaysia sekarang sedang terkandas disana.. saya sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka disana..
Ramai jugak kawan2 yang pernah belajar bersama sewaktu di sek agama Durian Guling dulu turut terperangkap disana.. Ya Allah, bantulah sahabat2ku disana tidak kira dari negara mana sekalipun, semoga dilindungi hendaknya..

Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut.  Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.



Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang.
Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online disana sebelum internet disekat sepenuhnya..

  • mereka totally lost contact memandangkan internet dan mobile network dah kena block.
  • Balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran
  • Ada rumah student yang kena rompak
  • mereka turut menghadapi masalah kekurangan makanan 
  • Ada pelajar kita dirogol di Cairo
  • They are totally in unsafe condition
Satu hal yang menyebabkan saya sedih sangat2 dengan nasib yang menimpa sahabat2 disana adalah ada antara pelajar kita yang dirogol di Cairo. Astaghfirullah...saya berharap sangat berita tersebut adalah palsu. saya tak sanggup tahu siapakah yang dimaksudkan itu...Nauzubillah....

Menurut sumber terkini yang diperolehi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana.  Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus.  Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain.  Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.  Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka.  Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka.  Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.

Bagi mendapat liputan selanjutnya mengenai pelajar2 kita di Mesir, silalah ke... 
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik2 sahaja..
Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku, 
Aamiin yaRabba'alamiin...








LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...