“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Sunday, February 13, 2011





Firman Allah S.W.T : Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaika-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang beriman , berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.
A-Ahzab~Ayat 56

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat ku tatap wajahmu,
Dan pasti mengalir airmataku,
Kerna pancaran ketenanganmu..

Alangkah indahnya hidup ini,
Andai dapat kukucup tanganmu,
Moga mengalir keberkatan dlm diriku,
Untuk mengikut jejak langkahmu..

Kami rindu padamu
Ya Rasulullah..


~~@ Semoga kita lebih menghayati sirah perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dan mengambil iktibar sebagai motivasi di dalam diri kita, agar kita menjadi insan yang lebih baik, InsyaAllah...

Warkah buat peneman hidupku:)

Entah kenapa pagi nie terdetik nak tulis surat untuk awak. Walau mood demam  masih belum ok sepenuhnya,saya tetap nak tulis surat jugak kat awak:) funny kan saya ni..huhu.. Banyak ujian yang saya lalui kebelakangan nie, Namun, saya hadapi dengan penuh kesabaran. Alhamdulilah, saya rasa saya dah dapat apa yang saya rasa saya hilang dulu. Semua orang yang saya sayang dulu sudah pon kembali berjuang bersama saya. Awak je saya belum jumpa lagi. Harap satu masa nanti kita bertemu, ye lah saya tak tahu siapa awak. Atau pon maybe awak adalah insan yang saya kenal. Allah je yang tahu siapa awak. Haa jangan la sorok sorokkan diri tue. Hehehe. :)



Baru lagikan saya tulis warkah untuk awak. Sekali sekala nak berfantasi lagi tak salah kot. Mungkin sesetengah orang rasa saya gila or anything yang negative but saya tak kesah pon, sebab one day saya nak awak baca belog saya nie. Awak nak tahu tak saya ada kenal sorang insan nie, yeah dia ada semua ciri-ciri awak. Jangan jangan dia tue awak apa ? Wahhh~ Kalau betol, saya rasa saya lah perempuan paling beruntung dan bahagia sebab dapat suami macam tue. Dia macam mana ?Dia macam awak lah. ngeh3^^

He such a nice man! Awak awak, kalau dia tue awak kan ? Mesti awak gelak gelak baca entry nie kan sbb dia selalu baca belog saya tapi jadi silent reader je. Terkadang2 ada jugak komen yg nakal2 dari dia..HAHA. Nevermind. Awak, saya rindu awak. Saya tak sabar nak tunggu saat saya tahu awak siapa. Ye lah siapa tanak tahu bakal suami sendiri kan ? Hahaha. Okay saya nie kuat berangan. Saya bukannya desperate nak kawin lah tapi kalau if parents kita bagi kawin awal, why not ? Saya kan pernah cakap  dalam warkah sebelum nie yang saya cuba jadi yang terbaik untuk awak, saya masih pegang lagi kata-kata tue. :)

Awak, saya harap awak boleh terima baik buruk saya. Ye lah takot takot nanti awak tak suka kelemahan saya, saya nak awak terima saya apa ada macam mana saya terima awak. Awak tahu tak, saya suka orang kata sayang dekat saya tambah tambah orang yang saya sayang, tapi saya lagi lagi suka kalau orang tue cakap disertakan dengan usaha. Usaha memenangi hati saya, hargai saya setiap masa dan ambil berat pasal saya walaupon sesibuk mana dia. Haaa gitu lah ! Sebab kalau dah bercinta pon awak biarkan dia alone, nanti dah kahwin awak ada komitmen kerja lagi lah, silap silap lupa bini kat rumah. Oh so sad you know ! :(

Tapi saya yakin awak orang yang pegang kepada kata-kata awak dan akan sentiasa mewarnai hidup kita dengan kasih sayang sejati. Wahhh~ Jiwang lak kan saya kali nie ? Habis lah awak dapat wife macam saya nie, penat nak layan karenah ! Hoho~ Melawak saja lah. Awak awak, kalau sekarang awak tengah belajar ke exam ke kerja ke, saya doakan kejayaan awak ! All the best okay ! Setiap kali solat, saya akan doakan yang terbaik untuk bakal suami saya, awak lah tue ! Siapa lagi kan ? Doa dapat pasangan dari keturunan yang baik baik. InsyaAllah. 

Errm apa lagi yang saya nak tulis untuk awak nie ye ? Haaa saya kalau boleh kan, nak suami yang punya sifat macam Rasulullah. Romantik macam baginda, ya Allah bahagianya kalau macam tue. Rasulullah pon romantik, takkan awak nak ego sangat tanak romantik dengan wife sendiri kan kan sayang kan ? Wow panggil sayang kot. HAHA. Saya tak minta awak sesempurna Rasulullah, tapi baguskan kalau kita jadikan Rasulullah sebagai idola kita. Rasulullah pemimpin yang berwibawa, awak nanti pon akan jadi ketua, ketua keluarga. So apa salahnya kalau awak dari semasa ke semasa cuba perbaiki diri awak, saya pon macam tue juga, nak jadi seperti isteri-isteri Rasulullah. Ohh sweet okay ! ;)

Okay banyak betol saya membebel dekat awak  pagi2 hari nie. Maklumlah dapat  mc dr doctor, so dapatlah rehat2 sikit.HAHA.. Hope warkah nie boleh buat awak tersenyum dan jadi inspirasi awak untuk berjaya dan cepat cepat jumpa saya. Haaa gitu pulak kan saya ? Hehe. Saya doakan kesejahteraan awak wahai bakal suamiku. Tak kira awak siapa, di mana awak berada, doa saya tetap untuk awak. Jangan risau okay. Saya tak tahu siapa awak, mungkin orang yang rapat dengan saya dan mungkin orang asing. Saya makin besar nie kena fikir terbuka sikit, bercinta untuk berkahwin. Bukan sekadar suka-suka. Banyak yang kena fikir, kena fikir panjang. Saya dengar lagu Talking to the moon mesti saya ingat dekat awak. HAHA. Kes kuat berangan sangat. Okay lah saya nak sambung tidur  jap, ubat vbatuk saya maam td mungkin kandungan drag high kot. menyebabkan saya ngantok..hehe..nanti saya continue lagi ya.




Kita jgn terlalau mengharap..kerana mengharap e2 tidak psti tertunai...
tetapi kita boleh..bersabar & b'doa..kerana..kesabaran e2 mengajar kta erti kehidupan.. 
Hopefully habis belajar, kerja, kawin, dapat anak, didik anak = bahagia yang abadi ! ;)
InsyaAllah..Saya tunggu awak dengan senyuman:)
Wassalam....  
                            Yang setia menunggumu,
cahya hatimu......

p/s : saya rasa lega sangat sekarang and assignments yang bertimbun sedang menanti ! Mari siapkan bersama. :)

Saturday, February 12, 2011

Mudah-mudahan saya cepat sembuh^^"

 Mmmm...bestnye tido...sangat best...sungguh enak...nikmatnye tak terkata...

zzzZZZZZzZZzzzzzZZzzz..........................


Ya Allah, anugerahkanlah ke atas kami, wahai Tuhan kami, penawar kepada penawar-Mu,
dan kesembuhan daripada kesembuhan-Mu,
juga keberkatan daripada keberkatan-Mu,
juga rahmat daripada rahmat-Mu
terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang orang yang sakit,
juga mereka yang lemah,
dan sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmat-Mu,
Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani dari segala yang mengasihani.

امين يا ربّ العالمين

p/s: Cik Nurul Hidayah  mengalami masalah demam yg agak kritikal disebabkan kekurangan zat besi dan vitamin T serta mempunyai highflu yg serius but not influenza ok!! Yang mana menyebabkan kondisi beliau amat lemah sekali...isk3...-_-

Tidaklah terjangkau dek akal bagaimanakah kesakitan itu wahai diriku sayang... Bersabarlah selalu  kerana ujian itu tanda Allah sayang pada diri hambanya, dan DIA mahu menghapuskan dosa hambanya yang terdahulu.

Moga Allah meringankan kesakitanku dan mempermudahkan urusanku..
Syafaakillah buat diriku...sob sob sob-_-

Friday, February 11, 2011

Saya mintak maaf pakcik..maafkan saya:(

"Ya Allah,Saya minta maaf pakcik, makcik... maafkan saya"
Itulah perkataan yang pertama yg lahir di bibir saya waktu excident tu berlaku semalam..perasaan takut, bersalah, kesian, cemas, semua menjadi satu... saya betul2 tidak sengaja langgar pakcik yang saya kira sudah menjangkau usia 80 tahun. Perasaan bersalah dan kesian semakin menghantui diri tatkala saya lihat seluar pakcik tu koyak rabak dibahagian lutut..
luka2 ditelapak tgn beserta lutut jelas kelihatan..tak dapat saya bayangkan kesakitan yang ditanggung pakcik tu..ohh... hanya Tuhan yang tahu...maafkan saya pakcik,saya tak sengaja:( 

Syukur Alhamdulilah, ramai yang membantu sewaktu kejadian. Syukur jugak sebab semua ahli keluarga pakcik tu baik2 belaka:)

Yang ikhlas membantu, semoga Allah membalas jasa baik kalian semua..doaku mudah-mudahan pakcik cepat sembuh dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa..Syafakallah pakcik.InsyaAllah jika diberi kesempatan cuti, saya pasti pulang dan jenguk pakcik makcik..maafkan nurul pakcik kerna kelalaian nurul...

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا اشتكى منا إنسان مسحه بيمينه ثم قال اِذْهَبِ البَأْسَ رَبَّ النَّاسِ وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لاَ شِفَاءً إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقَماً

Ertinya : Nabi s.a.w ketika didatangi aduan (sakit) oleh seseorang, nabi akan menyapunya dengan tangan kanan baginda sambil membaca " Jauhkanlah dia dari kesakitan, wahai Tuhan sekalian manusia, sembuhkanlah dia, dan engkaulah maha penyembuh yang tidak akan datang kesembuhan kecuali datang dariMu, kesembuhan dari jenis yang tidak akan kembali penyakitnya"( Riwayat Muslim)

Monday, February 7, 2011

Teristimewa buat bakal suami saya:)

Buat encek bakal suami^^

Pertamanya,saya mengucap syukur kerna Allah telah memberikan awak untuk saya..terima kasih kerna sudi memilih saya yang tak seberapa ni sebagai peneman hidup awak kelak.Awak, saya nak awak seorang yang berpegang teguh pada agama.boleh bimbing saya.jangan bawak saya pergi mall time maghrib taw.kalau time tu anak-anak tengah kusyuk tengok siri animasi, awak jangan pulak pegi join.saya tahu awak pun suka animasi ni.tapi takmo takmo.time tu saya nak awak,saya dan anak-anak berjemaah di rumah.tadarus Al-Quran sama-sama :)

saya nak awak seorang yang bertanggungjawab.jadi awak dapat uruskan keluarga dengan penuh berdedikasi.wahh memang awak nampak macho lah.sayang awak :D

saya nak awak seorang yang memahami.memahami bukan bermakna bila saya cakap nak BMW awak bagi,nak villa sebijik awak bagi.tak tak.bagi saya,memahami tu cukup lah untuk awak faham perasaan saya,masa saya dan kerja saya.juga prinsip hidup saya.tak apa kalau tak faham semua,saya tutup sebelah mata je sebab saya pon bukan sempurna.ye tak? ;)

saya nak awak seorang yang bertolak ansur.jangan risau,saya memang keras kepala,tapi saya tak suruh awak tolak ansur semua benda.tapi kalau awak nak pasang bini baru tak bersebab memang awak nak kena simbah dengan cat la.jangan risau,saya tak main asid-asid ni.kejam sangat.oh ya,kalau boleh cat tu cat hitam tak boleh tanggal punya :)

saya nak awak seorang yang pembersih.jangan main lempar kain baju awak serata rumah.nanti saya ingat kain buruk pulak.oh ya,merokok pon no way.saya tak nak awak membunuh saya dan anak-anak secara diam.awak sayang kami kan? :)

saya nak awak seorang yang menghormati orang tua.saya percaya kalau awak macam tu anak-anak pun macam tu jugak.saya tak apa,saya memang hormat orang tua.aceceh riak pulak.tak ada la.saya insyaAllah akan menghormati orang sekeliling saya :D

kalau boleh saya nak awak seorang yang pandai memasak.ye la,kalau buatnya saya demam macam mana?tapi saya tahu awak pandai masak maggi kan kan?okay la tu,saya terima apa adanya awak.saya pun pandai masak air je.sama-sama la kita belajar ye.hehe;p

kalau boleh awak romantik la sikit.tak perlu ayat kan ku redah lautan api tu.tu ayat tipu belaka.mana nak cari lautan api.kang kalau redah rentung pulak cane?haaa tak payah susah-susah.saya ni senang je.cukup la dengan mengingati tarikh-tarikh penting kita taw :)

oh ya,saya tak minta banyak.cukuplah yang di atas tu.saya tahu saya pun tak cukup sempurna sebagai bakal isteri.semoga kelebihan awak dapat menutup kekurangan saya dan begitu la sebaliknya.saya akan cuba menjadi seorang isteri sebaik yang mungkin.yang dapat menyambut awak pulang dari kerja.yang dapat menenangkan awak bila awak resah.yang dapat menyediakan makanan untuk kebuncitan perut awak.yang dapat mematuhi arahan awak.yang setia berada dengan awak saat gembira dan sukar.yang memberi awak semangat di saat awak jatuh dan yang bersama dengan awak gelak-gelak mengenang zaman lalu saat kita sudah berkedut seribu.mudah-mudahan.aminnnn :) 
InsyaAllah sayang:)..........


 ku menantimu dgn penuh sabar^^...

Bakal suamiku, saya takut kalau awak suka saya kerana kecantikan yang Allah pinjamkan kepada saya. Saya takut sebab semua ini pinjaman sahaja. Saya tidak lagi punya kelebihan yang awak sayang awak puja ketika zaman muda. Saya takut, saya takut hati awak berubah. Saya harap cinta awak kepada saya cinta sejati, cinta yang tidak ada belah baginya.

Awak, kalau betol lah kita bersama hingga ke hari tua. Izinkan saya pergi dulu, bukan apa, saya tak kuat untuk hidup bersendirian tanpa awak. Saya yakin awak kuat bila ketiadaan saya, seperti mana awak kuat menjaga saya hingga ke akhir tua. Awak, saya nak awak terima saya tak kira apa keadaan saya. Sebab saya yakin dan pasti, sekali saya cinta selamanya saya cinta. Bila ada ikatan perkahwinan, itu lah janji ikrar setia saya.

Bakal suamiku, saya tak tahu siapa awak. Tapi bila tiba saatnya awak sah menjadi suami saya, saya nak awak baca belog ini, baca penulisan saya ini, entri ini. Saya nak awak tahu betapa saya amat menyayangi awak dan mahu awak tahu saya mahu hidup selamanya dengan awak. Hingga akhir hayat kita. Kita akan sama-sama menjadi saksi akan segala peristiwa yang belaku, bila segala nikmat kecantikan, kesihatan dan lain-lain telah ditarik. Tapi kita tetap setia antara satu sama lain. :)

p/s :  kalau awak  cinta akan seseorang, usahalah untuk berkahwin dan setia lah padanya tidak kira apa jenis perubahan terhadapnya. InsyaAllah, kita akan berjumpanya lagi di sana. :)







Sunday, February 6, 2011

Kasihnya ibu membawa ke syurga...

Buat IBU, semoga rohmu dicucuri rahmat....
Tiada kasih yang ternilai di dalam dunia ini melainkan kasih IBU,
Tiada Pengorbanan yang besar selain dari pengorbanan IBU,
Tiada sentuhan yang halus selain dari sentuhan IBU,
Tiada syurga selain dari dibawah telapak kaki IBU,
Tiada airmata bernilai selain dari airmata IBU,
Tiada doa yang ikhlas selain dari doa IBU,

untuk IBU ... kaulah bidadari dan permata di hati ini.
Terima kasih kerana melahirkan aku ...
Ampunkan dosaku kiranya aku bersalah padamu ...
Semoga IBU ditempatkan bersama para solihin...


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Wahai rakan-rakanku sekalian, janganlah sesekali kau mengenepikan kedua orang tuamu. Kerana merekalah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka selagi mampu. Selagi kita masih mampu untuk membelai mereka, selagi kita masih mampu untuk membersihkan mereka, selagi mana kita mampu untuk membuat mereka tertawa selagi itulah terus berusaha. Janganlah jadi anak yang derhaka. Kerana walau seburuk mana pun mereka, mereka masih lagi ibu bapamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dirimu sewaktu kecil dahulu. Jikalau dahulu mereka akan menghalang nyamuk daripada menggigitmu, sekarang halanglah nyamuk-nyamuk daripada menggigit mereka. Lindungi mereka selagi mampu...
Wallahu'alam...

Itu yang Terbaik..Aku bersyukur...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

"Dengan Nama ALLAH Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Sesungguhnya org yg tunduk dan patuh berserah diri kepada QadaKu,Redha dengan hukumKu, dan bersabar atas ujian dan cobaanKu,Nescaya Aku bangkitkan dirinya pada hari Qiamat kelak bersama2 dengan orang2 yg mempunyai mertabat siddiqin."
(HQR Dailami yg bersumberkan dari Ibnu Abbas R.A.)



Alhamdulilah saya sudah redha:) Redha dengan ketentuan darimu Ya Allah...However I often feel sad when away from you. Although we never met, I can feel an attraction between us. I hope you're still my friend... forever and ever..InsyaAllah.. 

Alhamdulillah juga, saya mendapat pulangan yang cukup indah daripada peristiwa  itu, hubungan kami semakin akrab dan perasaan yang sebelumnya pada si dia telah semakin pudar, itulah yang terbaik untuk diri saya dan saya perlu menerimanya sebagai kenyataan dalam hidup. Saya mesti bangkit untuk kehidupan dan BAHAGIA yang saya cari... mungkin saya perlu bermuhasabah diri mencari dan menilai di mana kelemahan diri agar saya lebih yakin bahawa apa yang berlaku bukan titik noktah pada sebuah kehidupan... Semoga perjalanan hidup ini diraih dengan sejuta Bahagia dan gembira... itu yang sering saya panjatkan dan doakan disetiap kali sujud pada yang maha ESA....

Apa yang utama pada saya sekarang adalah untuk mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat disamping redha Allah juga ayahanda bonda. Sekarang saya sentiasa mengingatkan diri saya  just follow the flow because that is the best way create for us and no need to sad if we don't get what we want because what we get are the best for us...just happy with our life...
Allah know everything...

"Wahai hatiku yang satu......
Yakinlah ini hanya ujian,
Walaupun kdgkala aku seolah mahu tersungkur...
Hapuslah dan hilangkan deraian air mata yang menghangatkan pipi ku ini...
dan yakinkan lah hati mu...
Pasti ada hikmah dalam setiap kejadian yang menimpa....

Andai ini yg perlu harus aku lalui...
redha la engkau dengan segalanya ketentuan Nya...."

~~Bersederhanalah. Hidup ini umpama roda. Biar sedih maupun gembira , segalanya bukan abadi~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...