“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Sunday, January 2, 2011

Hari ini dalam Sejarah....=p

Assalam..
Bimilllah...
Tak sangka pejam celik, pejam celik, dah masuk tahun baru dah. How fast time flies kan? Umur pun makin meningkat. Haihhhh...

Eh, taknak cakap pasal umur lah. I'm Forever 23 kot. Haha...~~Alright alright. Enough crapping=p
Actually, entry today nak cakap pasal kek Coklat laa.huhu.. 
Hari ni saya buat kek coklat. Ni pertama kali saya buat... resepi dari internet kot. teringin nak cuba.. Alhamdulilah menjadi jugak sikit2..adalah rupa kek coklat tu..hihihi=p
Semalam semangat  ajak makcik gi beli bahan-bahan buat kek..So, gi beli habis la dalam 30hinggit lebih..hehe.. nak try punya pasal kan,muka habis comot dgn tepung tapi sanggup...=p

Bahan-bahan buat kek coklat ni saya senarai kat bawah, kalau korang teringin nak buat boleh follow resepi ni:)

* 250 gm mentega
* 1 1/2 cawan gula castor
* 2 cawan tepung kek (tepung naik sendiri)
* 1/2 cawan serbuk koko
* 1 cawan susu cair
* 1/2 cawan air ais (air yang disejukkan)
* 1 camca teh esen vanila
* 3 biji telur ayam gred A atau 4 biji telur ayam gred B.
sedikit chocolate rice atau badam cincang.

Toping:

* 250 gm cooking chocolate
* 3 camca makan susu cair
* 2 camca makan susu pekat
* 1 camca makan margerin atau butter.


 
Ni lah rupanya mentega & gula castor.mix sekali.Pukul mentega bersama gula hingga kembang.


 
Setelah itu, Masukkan telur ayam sebiji-sebiji.


Setelah di gaulkan bersama, ini hasilnya, kemudian diselang seli dengan susu cair.
Jangan lupa,masukkan esen vanila.


 Serbuk koko yang telah di ayak(lupa lak nak gtau tepung dgn serbuk koko perlu diayak terlebih dahulu), kemudian dimasukkan kedalam adunan tadi.


Ini adalah hasil dimixkan kesemuanya tadi. Pakai mixer tau buakn pakai tangan.hehe=p

Oven mulai dipanaskan dengan...(suhu 1700 C)

Loyang dibersihkan juga disapu mentega untuk mengelakkan adunan melekat setelah siap dibakar nanti. Adunan tadi kemudianya dimasukkan kedalam loyang seterusnya dibakar di dalam oven.


Tadaaaa...hasil adunan tadi setelah siap dibakar=p
eh eh belom siap lagi ni...huhu..nexttt.....


Yang ni pulak cara membuat Toping.
1.Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan.

 
  Jeng...Jeng..Jeng....
Inilah hasilnya kek coklat lembap made by me..hoho=pTabur dengan chocolate rice atau badam cincang (jika suka). Tapi semalam kat kedai xde chocolate rice so sy bantai pe yang ade jelah, hiris epal then tabur je..hihihi:p
SELAMAT MENCUBA YE KAWAN2!!=P

Motivasi pagi=)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Semoga semuanya sentiasa di bawah naungan kasih dan limpah rahmat Ilahi..... Di keheningan pagi ini, terpanggil saya untuk berkongsi pelbagai cerita. Sedikit pandangan peribadi serta motivasi diri tentang cinta.. walau ini kerap kali dibicarakan, namun bukan mudah untuk melaksanakan, andai tiada tekad dan azam. Cinta tidak kesampaian atau putus cinta, remeh tapi berat bagi yang menanggungnya.. InsyaAllah, mudah-mudahan bermanfaat buat kita. Dengan izin Allah swt.

Sekali lagi maaf, masih berkisar kepada permasalahan cinta. Melengkapkan trilogi cintan-cintun, kali ini saya ingin bincangkan pula perihal putus cinta.

Dalam Islam, perceraian dibenarkan andaikata sebuah perkahwinan itu sudah tiada jalan lain untuk diselamatkan, andaikata meneruskan perkahwinan mendatangkan lebih banyak mudarat. Penceraian dibenarkan, bagi memberi peluang kepada kedua-dua pihak samada suami atau isteri untuk memulakan hidup baru dengan cara yang tersendiri.

Mulakan hidup baru. Bekas suami dengan jalannya sendiri dan bekas isteri pula dengan hidupnya sendiri, di samping beberapa syarat lain yang perlu dipenuhi.

Jika pernikahan yakni ikatan yang sah juga boleh diputuskan, apatah lagi dengan 'couple'.

Seandainya salah seorang dari pasangan menyedari, dengan bercouple, makin menjauhkan diri dari Allah, makin membuatkan diri lupa kepada Allah, menambahkan lagi dosa dan maksiat, membuat hidup makin tidak keruan, membuat jiwa dan perasaan makin terseksa, mengakibatkan prestasi dalam pekerjaan atau pelajaran kian merosot, maka jalan terbaik adalah berpisah. Putuskan hubungan dengan si dia.

Seandainya si dia tidak bersungguh-sungguh dalam perhubungan, tidak menghargai dan tidak mempunyai perancangan untuk melansungkan pernikahan. Andainya saban malam melakukan istikharah, masih juga tidak mendapat sebarang petunjuk atau tanda, maka bulatkan tekad, putuskanlah hubungan dengan si dia.

Bina hidup baru, mulakan hidup baru. Andainya si dia pergi meninggalkan kita, mengkhianati cinta kita, lepaskanlah dia pergi dengan berlapang dada. Ingat, dunia masih belum berakhir andai hidup tanpa dia.


Putus Cinta.

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."

[Surah Al-Baqarah ayat 216]

Tidak semua cinta bersatu. Bukan semua orang memiliki cintanya. Bukan semua orang dicintai oleh insan yang dicintainya. Nasib kita berbeza-beza. Ada suka ada duka. Ada pahit ada manis. Oleh itu, apa yang perlu dilakukan seandainya cinta tidak kesampaian?

Pertama sekali, dekatkan diri kepada Allah, banyakkan ibadat. Tingkatkan keimanan dan keyakinan kita kepada qada' dan qadar Ilahi. Yakin bahawa Allah mempunyai perancangan-Nya tersendiri, kita hanya mampu merancang. Yakin bahawa setiap apa yang berlaku semuanya adalah kehendak dan suratan takdir. Yakinlah bahawa Allah memberi dugaan hanya kepada hamba-Nya yang mampu. Yakinlah bahawa Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Sujud dan sembah hanya kepada Allah, menangis dan mengadu, mohonlah petunjuk dan pertolongan daripada Allah. Dia Maha Berkuasa atas segala makhluk.

Setiap hati yang luka berdarah, pecah berkecai mampu mengundang titik jernih mengalir dari kedua kelopak mata. Menangislah. Luahkan segala kesedihan yang terbuku di dada. Namun harus diingatkan, menangis pun biarlah berpada-pada. Jangan sampai lupa solat lupa makan lupa segalanya. Jangan sampai peredaran siang atau malam lansung kita tak sedar. Sapulah airmata, bangkitlah dari kesedihan.

Menangis hanya menambahkan lagi kesedihan. Menangis hanya membuatkan jasad dan mental kita kian lemah. Menangis tidak mampu menyelesaikan sebarang masalah. Sapulah air mata, usir segala kedukaan jauh-jauh. Jangan biarkan sejarah silam merosakkan masa depan. Past is past, gone is gone. Biarkanlah apa yang berlaku terus berlalu kerana yang berlalu, pastinya tidak akan berlaku lagi.. Kita hidup harus sentiasa memandang ke hadapan, usah menoleh kebelakang.

Jangan paksa diri untuk melupakan si dia serta merta. Beri ruang masa kepada diri sendiri untuk melupakan si dia secara 'semulajadi'.

Cara yang paling berkesan (kalau boleh) adalah berpindah ke tempat lain. Ini kerana biasanya, jika kita terus di tempat yang sama, membuatkan kenangan bersama dia sentiasa segar. Masih melakukan aktiviti yang serupa bezanya tanpa dia. Masih berjalan di lorong yang sama, bezanya hanya tidak ditemani dia. Pastinya, setiap sudut dan ruang, di mana-mana saja terbayang-bayang kenangan bersama dia. Ini mengakibatkan lebih memakan masa untuk melupakan si dia. Jadi, seboleh yang mungkin, elakkan dari terus bertembung atau bertemu dengannya. Dan kalau boleh, tukar nombor telefon atau alamat email, ini bagi mengelakkan diri kita dari terus tertunggu-tunggu panggilan telefon atau email darinya.

Hapuskan segala kenangan ketika bersama dengannya. Buang atau bakar segala barang pemberian, kad atau hadiah, gambar atau segalanya yang berkaitan dengannya. Sedekah kepada kepada sesiapa sahaja asalkan jauh dari pandangan mata.

Biasanya orang bercinta, kawanmu kawanku jua. Keluargamu keluargaku jua. Jadi, bila dah putus cinta, cuba kurangkan pergaulan dengan mereka yang boleh membuatkan kamu mengingatinya. Ini supaya dapat mengelakkan kita daripada terus bercakap atau bertanya khabar tentang si dia. Mungkin tak perlu 'buang seratus peratus' tapi cuba elakkan diri dari terus bercakap mengenai si dia.

Sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat. Jangan beri ruang kepada diri sendiri untuk menyendiri, tidak berbuat apa-apa. Masa yang kosong jika tidak diisi dengan baik akan menyebabkan kita secara automatik terimbas kembali kenangan-kenangan silam samada pahit atau manis. Teringatkan si dia dan boleh menyebabkan rindu kembali bertandang. Bergaullah dengan kawan-kawan dan elakkan daripada duduk menyendiri. Dan pada masa yang sama, pastikan kawan-kawan kita itu baik akhlaknya.

Setiap kali bangkit dari tidur, senyum dan optimis, bisikkan dalam diri, "aku boleh hidup bahagia tanpa dia". Bersikap positif untuk mengubah diri menjadi lebih baik dari sebelumnya. Tanamkan tekad untuk membina hari baru dan hidup baru yang lebih baik dari semalam. Begitu juga sebelum tidur, jangan biarkan diri kita terus mengenangkan si dia, perbanyakkan doa dan zikir, biar sampai tertidur tanpa memikirkan si dia.

Putus cinta yang paling sakit adalah apabila dikhianati. Walau apa jua sekalipun, maafkanlah si dia. Terima semuanya sebagai ketentuan Ilahi. Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah. Selagi kita tidak memaafkan, selagi itulah dendam dan perasaan tidak puas hati itu memakan diri kita dan merosakkan jiwa kita. Jadi, belajarlah untuk memaafkan. Kemudian lupakanlah segalanya.

Lupakanlah keburukan orang kepada kita dan lupakanlah kebaikan kita kepada orang.

Lebih menyakitkan apabila putus cinta setelah diserahkan segalanya. Maruah tergadai, mahkota diri musnah.

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Walau apapun, tidak kira apa jua yang telah berlaku pada hari semalam, kita hidup pada hari ini harus terus memandang kehadapan. Hidup perlu diteruskan jua. Biar perit biar pedih, selagi ajal tidak datang menjemput. Teruskanlah langkah kaki untuk terus mara kehadapan.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kita sendiri yang berusaha mengubahnya. Jadikan kisah silam sebagai pengajaran buat kita, supaya kita menjadi lebih kuat. Jangan biarkan kenangan silam melemahkan lagi langkah kaki kita. Past is past, gone is gone.

Cinta dan rindu itu sakit. Putus cinta itu lebih menyakitkan. Makin dalam kita menyintai, makin perit sakit yang tertanggung. Allah ya Allah. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui.

Mohonlah pertolongan dari Allah dengan jalan sabar dan mengerjakan solat. Ingat.. Kita tidak bersendirian. Allah sentiasa ada bersama kita. Setiap detik dan saat, Dia sentiasa melihat dan mendengar. Dia Maha Mengetahui, setiap rintihan dan rayuan kita. Dia mendengar suara hati kita. Panjatkanlah doa, mohonlah petunjuk dan pertolongan hanya dari Allah.

Cintakan bunga, bunga kan layu. Cintakan Ali, Ali pi kawen dengan minah. Cintakan Allah, kekal abadi.


Tiada cinta seindah cinta kepada Allah. Tanpa perlu belikan hadiah, tanpa perlu kad berwarna warni, hadiah mahal-mahal, cinta itu tetap akan mekar mewangi andai kita sentiasa menjaganya dengan baik. Selangkah kita mendekati, makin Dia menghampiri. Dialah yang mendengar rayuan hati, Dialah yang memakbulkan segala doa.

Allah ya Allah, tingkatkanlah keimanan dan kecintaanku hanya kepada-Mu. Jangan kerana cinta dunia aku lupa pada-Mu. Jangan kerana nikmat dunia, aku lupa syurga-Mu.

Allah ya Allah, jadikanlah aku hamba-Mu yang solehah, akhirkanlah hidupku dengan kesudahan yang baik, masukkanlah aku ke syurga bersama iman.

Amin ya rabbal alamin.

Friday, December 31, 2010

Tanpa sedar, 25hari telah berlalu....

Assalam..
Bismillah...
Masih belum terlambat untuk saya memperkatakan yang sebenarnya dah 25 hari kita masuk tahun baru.. Namun kini jarang saya jumpa perayaan sambutan Maal hijrah ini disambut meriah seperti sambutan tahun baru Masihi, sepi dan yang ada cuma nyanyian nasyid dan program agama di corong radio dan kaca tv sahaja, sedangkan kedatangan Tahun Baru Masihi bukan main lagi disambut gilang gemilang hinggakan ada yang tidak bertemu jalan pulang. Kuala Lumpur rata-rata sesak, KLCC, Dataran Merdeka usah diperkata, tempat tumpuan utama, konsert di sana sini. Inilah agaknya budaya orang Malaysia sekarang.

Maaflah, tiada niat untuk menyalahkan sesiapa juga ini sebagai renungan buat diri saya sendiri...Tepuk dada, tanya selera, apakah yang kita lakukan ini sesuai atau hanya sekadar ikutan? Takut dilabel sebagai anti-sosial jika tidak sama-sama keluar meraikan tahun baru? Bagi saya tidak salah jika hanya rileks di rumah bersama keluarga kerana lebih baik habiskan masa bercuti dengan makan bersama mereka.
Argh... peduli apa dengan pandangan orang, yang penting diri kita sendiri.........bukan begitu?
Ye.. dengan kedatangan Maal Hijrah yg telah berlalu 25hari ini, mari sama-sama kita hayati dan renungkan bagaimana tahun hijrah yang sedang kita ditempuhi ini. semoga ianya membawa makna mendalam buat kita... Jangan lupa ye..Insya-Allah.

Maaf andai tersilap kata, terkasar bicara...
Salam persahabatan....:)

Sujudku....

Sebuah coretan dari sekeping hati..bukan untuk managih simpati hanya sekadar meluahkan rahsia hati.. untuk menceriakan sekeping hati..Malam semakin dingin. Pintu jendela kutarik satu persatu. Angin malam dingin sepoi-sepoi bahasa menyapa pipiku. Kedinginan angin malam menusuk tulangku. Tatkala aku melabuhkan diri ke tilam, kedengaran rintikan hujan diluar. Perlahan-lahan kutarik kaki ku atas tilam. Kurebahkan tubuhku..aku melepaskan keluhan. Aku pusing kan badan ku ke kanan melihat jendela ku yang ditutupi langsir putih lembut dengan corak abtsrak krim lembut. Aku merasa sesuatu dalam hatiku. Ada sesuatu dalam dadaku yang kurasakan amat berat untuk kulepaskan. Aku merenung jauh dalam kedinginan malam dengan rintikan hujan yang semakin lebat.

Perlahan-lahan kurasakan air panas mengalir dari mataku membasahi pipiku. Kuseka air mataku. Makin kuseka makin lebat air mataku mengalir. Ahh...kenapa malam ini aku merinduinya. Mengapa sukar benar aku ingin melupakan dirinya. Bertambah tekad hatiku ingin melupakannya bertambah kuat ingatanku. Kurapatkan tubuhku ke bantal pelukku. Ku dakap erat-erat. Air panas semakin laju membasahi bantal di kepalaku. Tersekat-sekat nafasku menahan sebakan didadaku. Tuhanku, Engkau Maha Esa, Maha Penyayang, Engkau mengetahui segalanya Ya Allah. Berikan lah aku kekuatan dan tabah. Kuseka lagi air mataku dihujung bantal. Ku pusingkan badan ku ke kiri. Ahh..sepinya hatiku. Degupan jantungku berdegup kencang. Rinduku padanya tidak dapat kuluahkan. Hanya kedinginan malam dan rentakan titisan hujan mengiringi tangisanku. Ku seka lagi air mataku.

Perlahan-lahanku bangkit dari katilku. Bersama tangisan aku menuju ke bilik air. Jari jemariku perlahan-lahan membuka pili air. Ku basuhi wajahku. Bersama linangan air mata aku mengambil wudhuk. Semoga dengan wudhuk ini dapat mengembalikan semangatku yang semakin pudar. Kukeluar dari bilik air, lantas ku capai sejadah dan telekungku. Ku hamparkan sejadah ke atas karpet berwarna krim lembut. Telekung putih pemberian arwah ibu kusarungkan ke tubuhku. Ku angkat niat solat hajat ku pohonkan.

Rakaat pertama ayat kursi menjadi pilihanku. Ku amati dan kuhayati bait-bait ayat kursi satu persatu maknanya. Setiap baik-baik ayat kursi menyebabkan aku semakin redha kerana Dia yang menjaga alam semesta, langit dan bumi. Setiap perjalananku Dia lebih mengetahuinya. Perlahan-lahan air mataku mengalir lagi. Ku ulangi bacan ayat kursi hingga empat kali. Rukuk ku pada Ilahi penuh tertib. Setelah bangkit dari rukuk ku sujud pada yang berkuasa. Sujudku penuh kesyahduan. Ku bangkit kembali setelah sujud yang kedua. Bacaan ayat kursi menjadi pilihanku lagi. Mulutku membaca ayat kursi penuh keinsafan dan penghayatan. Dalam hatiku mengucap kesyukuran di atas segala ketentuannya. Setelah rukuk, sujud yang terakhir mataku tutup dan bacaan zikir Nabi Allah Yunus ku baca berulang-ulang hingga 41 kali. Ya Allah, sampaikan salam sayangku padanya. Semoga dia gembira di sana. Air mataku mengalir deras. KetentuanMu ya Allah adalah yang terbaik untukku. Peliharalah aku dan lindungi aku dari segala fitnah dan hasad dengki manusia. Ampunkan dosaku Ya Allah, hambaMu yang banyak melakukan kesalahan.

Kuangkat wajahku dan kududk antara dua sujud. Setelah ku memberi salamku yang terakhir, ku raupi wajahku dengan tapak tangan kananku. Dengan bersimpuh, ku hadiahkan Al-Fatiha untuk Nabi Muhammad S.A.W dan sedekah Al-fatihaku untuk para sahabat, para ulama, kaum muslimin,sanak saudaraku dan untuk diriku snediri. zikir munajatku kepada Allah. ku bersimpuh menghadap kiblat. Ku angkat kedua tapak tanganku. Aku berdoa kepada Yang Maha Esa. Bisikan hati kecilku, Ya Allah ..hanya Engkau yang lebih mengetahui tentangku. Peliharalah aku. Sampaikan salam ku kepadanya dan katakan bahawa aku amat merinduinya.Jika dia terbaik untukku, kau gerakkan hatinya untukku dan jika dia bukan terbaik untukku, buanglah dia dari pandanganku.Sekarang saatnya melupakan semua masa lalu, beri aku kesempatan untuk menjauh dari mu.karena aku terlalu sayang padamu, kini saatnya aku harus pergi, supaya aku tidak tersakiti,  Kuatkanla imanku agar cintaku kepadaMu lebih utuh dari cintaku kepadanya. Ya Allah...berilah aku kesabaran dan kekuatan, dan berilah seseorang pendamping, yang bisa mengerti dan menyayangi ku.

Titisan air mata mengiringi tiap doaku...
 
Setelah bermunajat seketika, ku buka telekong dan sejadah kulipat dan kusidai di palang sidaian. Aku melangkah ke katilku. Ku rebahkan tubuhku. Ku tutup mataku dan tika itu ketenangan menguasai diriku. Perlahan-lahanku rapatkan mataku. Bisikan kecil dari hatiku, Ya Allah , semoga apa yang Engkau berikan ada hikmah yang terindah untukku. Ku biarkan kesepian malam dengan rintikan hujan yang semakin reda mengiringi tidurku....

Thursday, December 30, 2010

10 Sifat Calon Suami/Isteri yang Baik

10 Sifat Calon Suami Yang Baik
Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

P/s: disinilah pentingnya menjadi dari mencari...kerana proses kehidupan itu bermula kejadian dari suatu penciptaan,bukannya penciptaan yg mengiringi kejadian...sdrkah? ~diri yg masih byk kekurangan...

Saturday, December 25, 2010

Petua oh Petua(^_^)

Assalam...
Bismillah...
Seyes saya takde buat ape-ape malam ni..memang kalo balik cuti semester camgini la saya. aktiviti kemas umah,masak,jaga adik,makan,ngadap my lappy,tido dah boleh hafal dah..hoho:p..Nak kerja macam dah terlambat je sebab 2minggu jer lagi duk kat umah nih.. after this terus kehidopan untuk semester baru pulak...Haissshh itu yang den lomah bonar lah, 4tahun serasa 40tahun jer duk kat Sintok tu...Tapi pekan daya, tuntutlah ilmu walau kelubang cacing sekalipun.. Demi mak abah InsyaAllah saya akan teruskan...
tak lama dah pun, tak sampai setahun lagi dah..(sedapkan hati cikit,hehe:p)

Tadi petang bawak my anak-anak segera main-main kat pantai, makan kat m'D then ke mall cuci2 telinga sikit..hehe.. Duk umah bosan tak tahu buat ape.. orang tua-tua cakap menghabiskan boreh jerkk.. Mood sedih tetiba datang pulak..haisshh, nurul plss control yourself! Yelah saya pun manusia biasa je, tak sempurna... Rindu sangat kat someone tu.. 2hari tak dengar story dia.. Kalau dia ada, saya saja cari pasal ngan dia... bila takde, rindu pulak... nurul oh nurul..ngapain ma kamu ini..hehe... cuma saya nak cakap satu je. im so sorry..saya perlu kuatkan diri saya walau saya tahu diri saya tak kuat. Saya rindu awak, tapi saya terpaksa pura-pura kerna saya tahu awak bukan milik saya..-_-" mood tak betul ni harus dihentikan segera!!
huhu...

Well, berbalik kepada main topik malam ni, Petua. Saya ada lah nak kongsi petua ngan korang sikit.. Cheeewaaah!! huhu.. petua ni saya memang selalu amal. Alhamdulilah menjadi walau tak 100% keberkesanannya.. Banyak gak petua yang saya amal dan Alhamdulilah menjadi..Antaranya:

  • Minum air suam sebelum dan selepas bagun tidur(perlu diamalkan setiap hari).
 
Seperti yang diketahui, khasiat minum air kosong atau air putih ni terlalu banyak. Nak explain kat sini memang sah-sah korang dah tau kan. Tapi saya amal ini setiap kali sebelum tidur dan waktu bangun tidur. memang bagus kerana salah satunya bagus untuk sistem pencernaan kita. Yang paling utama ni rahsia awek muda tau.. cubalah korang try amal ni, kompem2 muda dari mak ayah korang..haha.. nextt...

  • minyak Bayi
Minyak bayi atau kat tempat korang panggil 'baby oil' ni banyak manfaatnya. saya selalu guna ini setiap hari lah katakan. untuk apa ye?? meh sini nak explain..hoho.. minyak baby atau Johnson's baby ni digunakan kepada sape2 yang tumit kaki merekah. sangat2 bagus. dijamin menjadi punye lah.. biasalah kan bila banyak jalan, pasti tumit kaki merekah. sebelum tidur korang amal pakai ni..sapu setiap malam kat tumit kaki korang.
kOmpem tumit kaki korang tak pecah2 lagi. untung-untung macam kulit baby gitu..hekhekhek:p 
selain tu, minyak bayi ni korang gunakan untuk sapa yang nak lebatkan bulu mata yang tak berapa nak lebat tu. korang gunakan jari ataupun kapas, sapukan pada akar hinggalah hujung bulu mata korang. Amalkan setiap pagi dan malam. Kemudian cuba pejamkan mata dan rehatkan mata korang sebentar.Ia mampu membantu melembabkan mata korang tu. tak perlu ke saloon atau spa just bikin sendiri jer kat rumah. senang dan lagi menjimatkan.


  • Losyen tangan,kaki dan badan
Yang ni pulak untuk dapatkan kulit lemmmmmbuuutt banget! hoho:p tak percaya, cuba la korang try dulu. selain lembut pastinya bulu-bulu badan korang tumbuh dengan lebatnya.hahaha.. uppss! terlebey sudah.. saya memang pakai produk nivea sejak dari sekolah rendah lagi. memang sesuai sangat dengan kulit saya. sebelum ni dah cuba macam-macam jenis produk losyen ni. tapi tak sesuai. ada yang menyebabkan bulu-bulu halus dibadan saya ni tumbuh dengan pesatnya. itu tanda tak sesuai lah. tapi dengan produk nivea ni, sangat sesuai untuk kulit saya. chewwwaaaah promote la pulak.tapi seyes menjadi. saya amal pakai losyen badan setiap selepas mandi. wajib pakai. kulit saya takdela cantik sangat, maklumla kulit sensitive. tapi ramai dah kawan2 cakap kulit saya lembut bangeet..(bukan nak puji diri, itu tak baik) tapi sekadar nak kongsi petua. kadang tu, setiap produk hasilnya berbeza untuk setiap jenis kulit.. so pandai2la korang pilih produk dipasaran tu ye.

  • Daun Sireh
korang pasti kenal spesies tumbuhan tu..huhu..yang orang buat hantaran tunang & kahwin tu. namanya daun sireh atau nama saintifiknya piper betle. yang ni pun saya selalu amal juga. bukan orang-orang tua je boleh amal, kita anak dara pun boleh jugak tau.huhu. bila waktu sesuai menggunakannya? hurmm... waktu yang paling 'afdal' adalah selepas kita (kaum hawa) datang period. habis period korang boleh gunakan sama ada rebus, kemudian minum atau tak perlu minum tetapi hanya "cuci" je. pilih la yang mana korang nak. tapi kalau saya, saya amal minum. rebus dalam 1jam kemudian minum. sekali je sebulan. rasa memang pahit tapi khasiat banyak especially kaum hawa macam saya ni. nak tau khasiatnya korang surf internet sendiri la ye.:)

  • Daun Inai
Pernah tengok daun inai tak??tipula kalau tak pernah tengok..Pernah pakai inai tak??tipula kalo tak pernah pakai..cantikkan kalau pakai inai..jari jadi merah-merah.Cerita pasal inai ni sebenarnye banyak khasiatnye.Dulu masa saya kecik2kan kalo demam mak bagi saya mandi daun inai.Best je mandi daun inai.sejuk tau.Kalau korang demam panas ke tryla..Insyaallah dengan izin Allah baikla demam kite. Selain tu kan..mak saya kalau die luka kat jari atau rasa sakit kat tepi2 kuku mak mesti tempek inai dekat jari dan kuku dia..Alhamdulillah..kuku mak baik dan bertambah bersinar.Nak tau macam mana cara mak saya buat tempek dekat jari dia tu.Senang je..Korang basuh daun inai bagi bersihkan kemudia korang tumbuk daun inai hingga lumat dan tempekla dekat jari2 yang luka tu.Senang je.kalau nak cantik pakaila sepuluh jari. Lagi satu kalau sakit perut korang boleh gunakan daun inai ni jugak.Senang je.Caranya dengan meminum air inai yang direbus campuran daun inai segar dan daun inai kering yang dicincang.Daun inai juga berkhasiat untuk korang2 yang jadi bisul,penyakit kuli dan sengal2 tulang.Kalau anak2 atau adik2 korang yang lelaki tu berkhatan boleh juga guna daun inai.Caranye mudah je..Rebus minyak biji sawi bersama daun inai kemudian sapukan dikepala. Bagi yang mengalami haid yang berlebihan dan juga keputihan boleh juga menggunakan daun inai dengan cara membuat jus inai dan minum.Memangla pahit sikit tapi kalau nak baik dan sihat minum je.. Banyakkan khasiat daun inai. Yang paling saya suka kata mak daun inai ni kalau rebus dan minum, menaikkan seri muka tau. huhu.So bolehla cuba.Insyaallah kalau kita berusaha segala apa yang terjadi akan baik.USaha tangga batu..eh2 usaha tangga kejayaan..:) "Selama Mencuba"~~~ petua lain akan menyusul kemudian, setakat ni dulu..ngantuk nak tidur dah..hohoho...renung2kan dan selamat beramal(^^)

Friday, December 24, 2010

Hajat tercapai(^_~)

Assalam..
  Bismillah...
Dah berapa hari nak masak nasi ayam.tp tak gak sempat ..last2 jadi jugak buat..hehehe..
Harini dengan penuh semangat saya ngan makcik pergi pasar beli bahan-bahan.. huhuhu..
Abah makan nasi ayam sampai tak cakap ape-ape.. adik toksah cerita la, sampai tambah-tambah...sedap kot..hehehe... sorry yekk terlebey sudah...:p

 : ayam.. lama gak duk perap ayam tu ngan sos tiram, bawang..
pedulikan yang hangus2 sikit tu ye, biasalah buat mcm berempah sikit
huhu:p

 Tomato,timun & salad memang kepastian kalau nasi ayam.. huhu:p


 Sup ayam..letak kaki ayam sedap tu.buat ratah2.. yumm2

kuah cili ngan daun sup...ngeh3:p
kuah cili ni kalo cicah ngan ayam..perrghh mmg meletop la..hehe

last skali kompem2 la nasi kan.. huhu
 nasi :: hehehe.. resipi sendiri nih :P (ats nasi u kepak ayam la,hehe)

ni la menu lengkap untuk nasi ayam saya harini...
sodap hingga menjilat jari nih..hehe:p


yummy:p


saya makan dulu ye kawan-kawan:p
kalau korang nak rasa, meh datang umah..nanti saya buat ye.. kalo tak sedap jgn mara....
lalala:p




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...