“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Friday, July 29, 2011

Andai Ramadhan ini terakhir buatku...

Assalamualaikum..

How are you all doing? I'm doing good. Alhamdulillah.Pejam celik, pejam celik, Ramadhan is coming soon. Real soon. InsyaAllah. Ramadhan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya. Semoga Ramadhan yang bakal kita lalui kali ini tidak disia-siakan..Mudahan.



 Daripada Abu Hurairah r.a., sabda Rasulullah s.a.w. “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap redha Allah , akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.”(Hadith riwayat Al-Bukhari) 


Sahabatku tersayang, terkasih. andai ini Ramadhan terakhir buat diri ini, MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja. Setiap manusia tidak pernah lari dari khilaf dan dosa. Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, insyaallah….

Semoga puasa kita tahun ini lebih baik drp tahun yg sebelumnya juga sentiasalah Bersangka Baik pada setiap manusia dan juga pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. ..”

Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan.

Wallahu’alam...


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...