“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Thursday, July 14, 2011

Nisfu Sya'ban dan Syafaatnya

Assalamualaikum and have a good day..
Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk bernafas dan meneruskan hidup sehingga ke hari ini di bumi-Nya. Terima kasih , Ya Allah.



BULAN Syaaban adalah antara bulan yang mulia di sisi Allah swt.
Umat Islam digalakkan melakukan amal ibadat dengan berganda. Ini kerana Nabi kita Muhammad saw meningkatkan amal ibadatnya kepada Allah swt pada bulan yang agung ini.InsyaAllah, bersama-samalah kita mencari redha Ilahi dibulan yang mulia ini lebih-lebih lagi pada malam Nisfu Sya'ban yang bakal tiba.


14 Syaaban 1432H bersamaan 16 July 2011 merupakan malam Nisfu Syaaban yang kita semua nantikan. Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna. Juga seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (14 Sya'aban 1432H).

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, "Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri."Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. "Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki."

Dari Ibnu Majah dari Ali ra. dari Nabi saw bersabda bermaksud,  

“Apabila tiba malam Nisfu Syaaban, lalu berqiyamullail pada malamnya, dan berpuasa di siangnya, maka sesungguhnya Allah swt turun ke langit dunia ketika matahari terbenam dan berfirman, “Adakah disana orang yang memohon keampunan, lalu Aku mengampunkan dia ? Adakah di sana orang yang memohon rezeki, lalu Aku memberi dia rezeki ? Adakah di sana orang yang di beri ujian bala bencana, lalu Aku menyejahterakan dia ? Adakah di sana … adakah di sana … ? sehingga terbit fajar”.


"Allah tidak akan mengampun dosa 6 orang pada malam Nisfu Syaaban iaitu ;

1) Orang yang kekal minum arak.

2) Orang yang derhaka kepada kedua ibubapanya.

3) Orang yang kekal berzina.

4) Orang yang banyak berkelahi.

5) Orang yang melakukan juabeli dengan sumpah dusta.

6) orang yang memperlaga orang supaya berkelahi.



"Sesiapa yang menyempurnakan puasa sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah sakaratul maut dan dihindarkan daripada kegelapan kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar-Nakir, dituutpkan keaiban pada hari qiamat dan diwajibkan Syurga baginya"

Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik 
(Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu). 
Ameen ya rabbal alameen.

Bicara Nurul~Dah dekat dengan bulan mulia,rindu sujud solat terawih! ;)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...