“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Saturday, January 29, 2011

terima kasih sahabat:)

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
suatu petang yang indah dan sunyi di perkampungan sintok..
yang kedengaran hanyalah bunyi kicauan burung yang seakan irama menarik hatiku untuk berkongsi rasa:)
wahhh...tetiba pulak pakai ayat dramatis bagai..hihi:D..
bukan ape saje nak gambarkan suasana petang yang agak oke la, cuaca redup2 je. tetiba ilham datang nak tulis blog dengan ditemani burung2 yang duk lepak di kabel letrik, nyanyi2 suka hati dieorang.. terhibur saya tengok:) kawan2 saya harini ramai yg keluar, ada yg tengok wayang, shopping2, refresh2 and so on.. tinggal la saya sendiri dalam bilik yang agak comel jugak la..hehe...

2hari sudah saya bertungkus lumus siapakan assignment and besok tarikh hantar nye..huhu..macam ni kalau kerja last minute..nurul..nurul...hihi^^"
takpe, hati riang sebab 2hari lagi dah nak balik kampung tercinta..huhu..cuti chinese new year 1week..yahuuuu!!!!:D

entry saya kali ni agak lain sikit la dr sebelomnye, saya nak cakap thanks banyak2 kat semua yang selalu tolong saya, selalu ada dengan saya, yang selalu buat saya senyum ;) yang teristimewa dan tak akan saya lupa sampai kapan pun, waima sehingga  nafas terakhir, ibu dan juga ayah tercinta. terima kasih anakanda ucapkan, tidak terbalas  segala jasa ibu dan  ayah. kalian sangat banyak sabar dengan saya, saya tengah lalui a very difficult phase in life which is ketabahan:')
Ya Allah sesungguhnya hanya kepada-Mulah aku meyembah dan hanya kepada-Mu hamba meminta pertolongan (Q.S : Al-Fatihah :5)
pesanan buat diri saya sendiri:
"jangan terlalu berharap pada manusia..manusia itu selalu mengecewakan..it’ll always make us so sick.. jika menghadapi apa-apa masalah, ujian, pastikan Allah adalah tempat pertama kita untuk mengadukan segala-galanya, bukan manusia. Allah sebaik-baik tempat bersandar.."

buat teman-teman yang sentiasa dihati saya, ucapan terima kasih tak terhingga saya ucapkan:)
  • Noor Zalina Deraman - orang yang selalu paham dan sentiasa ada bersama sama sedari saya kecil sehingga sekarang. sayang dia sangat2 sebab despite her experiencing what i felt, she gave me lots of good, comforting and soothing words..
  • Machyudhie Sayuti Husin - walaupun i malu nak confront kat dia pasal semua benda nihhh. u're always by my side. walaupun dia x banyak cakap and tak selalu ada untuk saya. busy kott.tapi saya tau dia kawan yang baik, yang takkan tinggalkan kawan sendiri :D dengan ape yang saya tengah rasa sekarang. selalu bagi comforting words and give me more spirit :) pada saya dia sangat istimewa. saya selalu doakan semoga dia bertemu wanita yang diimpikan juga dipercepatkan jodoh:) mudah-mudahan..Amiin:)
  • Munardi Ibrahim - my best fren forever and merangkap my brother;) saya sangat hormati dirinya. dia selalu ada waima saya dalam keadaan apa pun. kalau saya nangis saya terus minta nasihat dr dia, nasihat dia semua matang2 belaka  sebab dia laaaahhhh orang paling setia bersama saya sekarang >.<  then, yang paling sweetnya, dia akan call balik to make sure saya okay and x nangis lagi.. pastu, kedit dia pulak abes. saya selalu doakan terbaik untuk dirinya, success dalam kerjayanya juga saya kepingin banget ke aceh jumpa ummi ayah..kapan ye abg??hihi..
  • NurHidayah Samsudin - saya kenal dia semenjak saya saya sambung study kat UUM. she's nice and sweet sangat. suka buli dia. hehe.. maafkan saya ye awak sebab selalu buli awak. saja suka2 kacau awak. saya tau awak takkan marah saya sebab awak kan kaklong.huhu
  • Hafisah Mahamad Khatib - dia laaa orang yang memahami saya walaupun mulut pedas...hihi tapi dia selalu buat saya senyum and gelak kuat2 sebab dia kelakar xD dia kecik tapi sangat tough. dia suka guna elemen sindir menyindir dalam kehidupan seharian yang for me is very funny !! wana laaahhh kawan terbaikkk punya ;)
kepada yang x ada dalam list nihhh, sorry sangat2, walau takde dalam list kawan-kawan semua tetap dihati saya. tanpa korang dunia saya sunyi sepi. sebab orang2 nihh laahhh yang selalu dengar masalah saya. saya sayang semua kawan2 saya tapi kepada mereka ini, saya sangat berterima kasih sebab mereka paham ape yang saya tengah lalui :')

sekadar renungan:
**Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri
“Dalam masa kejayaan, teman2 mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman2 kita.”**

Friday, January 28, 2011

Ittaqullah...

KOSONG… Kau melihat hati ini begitu kosong malah asing sekali untuk terus merasa Kau ada untukku selama ku bernafas sebelum aku  lelap..
Sebelum aku lelap, aku begitu mengharapkan setiap nafas adalah butir-butir tasbih ku padaMu..
Begitu sekali aku dambakan Ya Allah,  kerna aku begitu mengharap ‘relung-relung hati’  selalu kembali kepadaMu walau kadang berlari jauh dariMu..
Dambaku Ya Allah,  Ku harapkan hari lelap itu datang tika mulut, hati , jiwa dan semuanya bisa menyebut namaMu..
Ya Allah.. Dambaku agar saat lelap itu datang tika aku begitu dekat denganMu..

~~~~Bila kau letih dan hilang semangat, ALLAH tahu betapa kau telah mencuba sedaya-upaya .. bila tangisanmu berpanjangan & hatimu kedukaan, ALLAH telah mengira titisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan & masa meninggalkanmu, ALLAH setia di sisimu, bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak menjadi tahu tujuan, ALLAH ada jalan penyelesaiaannya, bila tidak ada yang bererti buatmu, keliru dan kecewa dan ALLAH adalah jawapannya~~~

Sunday, January 23, 2011

Pesan Memesan

Wahai lelaki.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu apa yang kamu patut bersyukur pada Allah di atas kurniaan seorang Mujahidah Solehah untukmu..
 
Wahai wanita.. Bacalah ini. Supaya Kamu Tahu Muslimah bagaimanakah yang tinggi darjatnya di sisi Allah swt.

Kelak; aku, engkau serta zuriat-zuriat soleh yang akan menuju ke JannahNya.. Destinasi kita sama, hanya satu, hanya itu.. berusahalah.
Kita tak sempurna, tiada yang sempurna. Ye, semua orang tahu itu. Sama-sama kita cuba menuju ke arah kesempurnaan.

Lelaki, terimalah seseorang wanita itu seadanya. Jangan mengharapkan kesempurnaan, kekayaan, kebijaksanaan, kelebihan serta kehebatan dari wanita tersebut. Cerminlah diri, berpijak pada dunia yang nyata. Apakah kita sudah cukup semua itu untuk memiliki wanita sempurna seperti itu ?

Tetapi lelaki; jika kamu memperolehi ciri-ciri seperti berikut, bersyukurlah. Walaupun diri kamu tak seperti itu, walaupun kamu tak ada seperti yang si wanita itu ada, tapi sebenarnya; itu hadiah terindah dari Allah untukmu.

Bersyukur apabila wanita itu beragama Islam. Bukan sahaja Islam pada nama, bukan sahaja Islam kerana keturunan, malah, yang mengamalkan ajaran Islam sebaiknya.
Bersyukur apabila wanita itu menjaga solat lima waktu dengan baik tanpa meninggalkan satu pun tiang agama tersebut serta menjaga solat di awal waktu. Bertambah kesyukuran bila wanita itu mencantikkan ibadatnya dengan solat-solat sunat seperti Solat sunat Dhuha, Solat sunat Hajat, Solat sunat taubat, Solat sunat Tahajud, solat sunat rawatib. Bertuahnya si lelaki bila mendapat wanita seperti ini.


Bersyukur apabila wanita itu boleh membaca Al-quran, mempunyai ilmu tajwid, dapat mengalunkan alunan Al-quran dengan merdu dan baik, faham isi kandungan Al-quran, tahu terjemahan serta tafsir Al-quran tersebut dan sentiasa membaca Al-quran setiap hari. Ramai yang pandang remeh dalam hal ni, ramai yang tinggalkan Al-quran.


Bersyukur apabila wanita itu menutup aurat, menutup kepala, menutup kulit dari terdedah pada mereka yang bukan muhrim sekalipun; sepupu, abang ipar, bapa saudara, adik beradik angkat, jiran, tetamu. Ada wanita yang menutup aurat hanya di luar rumah, tapi memandang remeh tentang aurat dengan ahli keluarga yang bukan muhrim.


Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang masih suci, masih perawan, masih dara. Ye, ramai wanita zaman ini yang belum berkahwin, tapi mahkota kebanggaannya sudah hilang di ragut oleh lelaki durjana. Lagi malang bila mereka saja suka-suka merelakan menyerahkan dirinya pada lelaki yang bukan suaminya.


Bersyukur apabila wanita itu seorang wanita yang berilmu, yang mempunyai ilmu. Benar ilmu bukan hanya pada segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD, tapi segulung diploma, ijazah, masters mahupun PHD itulah sebagai bukti seorang yang berilmu. Bukan setakat itu, tapi teramat bersyukur bila wanita itu juga tinggi ilmu agamanya serta mengamalkannya dengan sempurna. Bertuahnya seorang lelaki bila dapat wanita yang bijak, pandai, cerdik & ilmu agama yang mantap. Lengkap untuk kehidupan dunia akhirat. Ilmu ni bukan untuk kerja je, tapi juga untuk mendidik anak-anak & menguruskan rumahtangga kelak.


Bersyukur apabila wanita itu seorang yang berjimat cermat, bijak menguruskan wang, bersederhana, tidak meminta berlebih-lebihan dari seorang lelaki & faham akan kemampuanmu. Dalam kata lain, tidak materialistik. Bertuahnya seorang lelaki bila mendapat wanita macam ni kerana kelak; dia tidak akan membebankanmu, tidak menyusahkanmu kerana dia tahu menguruskan perbelanjaan untuk dirinya & juga keluarga walaupun hanya sebanyak itu wang yang ada untuk keluarga. Akan tetapi, ada wanita yang mementingkan diri menghabiskan duit untuk membeli barang kemas & pakaian untuk dirinya saja. Elakkanlah dari wanita sebegini.


Bersyukurlah apabila wanita itu tidak kedekut dan suka bersedekah. Makin banyak duit yang dia ada, makin ringan tangannya memberi kepada orang lain. Sekalipun sikit harta yang dia miliki, bila memandang orang yang lebih memerlukan, dia rela menghulurkan setakat yang termampu walaupun sedikit. Kerana baginya, apa yang dia ada adalah milik Allah, kurniaan Allah, maka seharusnya dia berkongsi kepada orang lain juga.


Bersyukur apabila  wanita itu pandai memasak. Pada zaman moden ini, ramai wanita yang bekerjaya yang tak berminat nak masuk dapur & memasak. Tapi wanita, memasak itu salah satu asset berharga untuk kita mengikat kasih sayang seorang lelaki bergelar suami.
Biasalah insan yang bergelar hamba Allah, tak lari dari kesilapan. Jika kat situ dia lebih, mungkin kat satu bahagian lagi dia kurang. Walau apa pun, saling melengkapi di antara satu sama lain. terima seadanya.

Apa yang saya cakap kat sini, benda yang paling penting, yang basic yang perlu seorang wanita tu ada. Fikir-fikirkanlah. Dan lelaki, sekali lagi; bersyukurlah. Bila dah dapat yang macam ni, jagalah wanita itu sebaik mungkin, suntinglah wanita itu dengan cara yang sebetulnya, hargailah wanita itu serta berusaha mencapai akhlak setanding wanita ini.
Wahai wanita sekalian, kita di tahap mana sekarang ini ? Apakah kita sudah sama seperti di atas ? atau apakah kita masih jauh lagi ? Kita tahu apa yang kita perlu buat kan ?
Wallahu'alam..

Saturday, January 22, 2011

warkah buat awak...

awak
hari ini air mata awak menitis kerana saya..semalam pun sama..kelmarin begitu juga..maafkan saya awak..kerana dah menghadiahkan luka..dah mencarikkan derita..di hati awak..

awakk..
...tiada apa yang mampu saya ucapkan lagi..cuma saya mohon kemaafan dari tulusnya hati..

awak..
kita berteman tak saya jangka..kita berkawan tak pernah saya fikirkan sebelumnya..yang nyata..awak sudah mencuri secebis hati..tanpa sedari..awak istimewa di hati saya..teman suka dan duka..tapi..bila awak menyatakan rasa hati..menyatakan awak menyintai..saya terdiam tanpa kata..saya..tak salahkan awak..tak pernah salahkan awak..mungkin salah saya kerana kita kerap berhubung..lantas mewujudkan mimpi indah di hati awak..

awak..
sejuta terima kasih saya ucapkan..sebab awak sudi menyayangi..tapi..bila setiap hari awak berkata betapa awak mengasihi..semakin hari saya takut sendiri..sebab saya tak mampu nak balas rasa hati awak..benar saya menyayangi..benar saya mengasihi..saya tak nafikannya..tapi..cuma sekadar teman bicara juga sebagai saudara...awak kawan..awaklah teman..namun..tak terluah dari bicara..sebab saya tahu..apa saja jawapannya..apa saja pengertiannya..awak akan terluka..di suatu masa..

berulang kali saya menyatakan..berhenti dari terus menyayangi..kerana ..sekuat mana awak mencuba..semakin awak kan terluka..dan hari ini..ternyata..benar..kenyataan itu amat memeritkan..kenyataan itu terpaksa awak hadapi..dan saya sedih melihat awak jadi begini..maafkan saya awak..maafkan saya...

kalaulah masa boleh saya undur semula..saya akan pastikan saya tak akan berada dalam di sisi..sebab kehadiran saya hanya membuat orang lain berduka..

awakk..
awak pernah bertanya..mengapa sedikitpun di hati saya tak pernah wujud cinta?terlalu hinakah cinta awak..tidak awak..cinta tak pernah hina..tapi..saya dah nyatakan..saya tak mampu balas cinta awak..bagi saya..sekali saya menyatakan cinta pada seseorang..biarlah abadi selamanya..cinta bukan untuk di ungkapkan sentiasa..dan cinta saya milik dia..mungkin awak akan terus terluka dengan pernyataan saya..tapi itulah hakikatnya yang perlu awak tahu..sejak dulu...dan..awak terlambat menakluk waktu..malahan..terlalu lambat...
awak juga pernah bertanya..bagaimana nak menghilangkan rasa cinta di hati..jujurnya..saya tak tahu..yang saya tahu..saya perlu pergi dari hidup awak..saya perlu berlalu..mungkin dengan cara ini mudah utk awak melupakan..meskipun perit pada permulaan..tapi..akan berbuahkan kebahagiaan...tapi..awak tak mahu saya pergi..namun..jika saya tak pergi..bagaimana lagi awak nak meyakinkan diri awak mampu teruskan hidup..tanpa saya..sekiranya setiap saat saya berada depan mata..setiap detik kita bertikam kata?

awakk..
walau apapun jadi..walau apapun status saya..saya tetap mengasihi awak sebagai teman..sebagai kawan..ianya takkan pernah berubah..walau saya tak lagi di sisi..saya tetap mendoakan kebahagiaan..kesejahteraan awak..dan mudah-mudahan awak bertemu cinta yang lebih menghargai awak nanti..bukalah mata..bukalah jiwa..untuk cinta di luar sana..awaklah teman terbaik yang pernah saya ada..

awak..
walau awak dah jemu ungkapan kemaafan..tapi..saya tetap memohon maaf..atas semuanya..atas keterlanjuran bicara hingga buat awak begini rupa..andai ini harga yang harus saya bayar..izinkan saya pergi..dari terus menyakiti..
insyaAllah saya doakan awak bertemu jodoh yang baik
dan diri ini takkan putus2 mendoakan kebahagiaan awak..
tapi perlu awak ingat satu perkara..awak tetap sahabat saya..tak kira apa saja kata mereka.

Thank you Allah

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...



hye:D..Lame dah tak membelog rasanya..padahal baru beberapa ari je kot..hihi..biasala.. i hav to change my life..^_^
Mendung itu telah berlalu, syukur. Tapi awan hitam itu masih berbaki, sama seperti perasaan sayang  yang masih bersisa.
Janganlah datang lagi, pergilah awan hitam untuk selamanya. Kerana patah hati itu, memang sangat sakit. Tapi sakitnya tidak bisa dilihat dengan mata kasar. Hanya Tuhan dan orang yang pernah melaluinya sahaja akan tahu betapa sakit, perit dan seksanya perasaan itu.
Satu jam saja, kutelah bisa cintai kamu, namun bagiku, melupakanmu, perlukan waktu seumur hidup. Ini kata hati saya.Tapi mungkin bagi kamu, seminit saja kamu bisa lupakan saya, kerana saya tidak setanding dengan wanita yang kamu cintai sekarang. Derita hati ini, tidak akan pernah kamu ketahui sehingga satu saat yg tepat nanti.
sebulan, saya bersungguh-sungguh melupakan segalanya. Hati ini saya pujuk dan paksa dengan sepenuh jiwa. Meyakinkan diri, kamu langsung tidak perlukan saya lagi. Walau sakit dan perit, segalanya pasti akan berakhir.
Kini, hati saya tenang, walau kadang-kadang perasaan patah hati dan kecewa itu datang menyapa,lantas airmata mengalir semahu-mahunya tanpa dapat ditahan. Sabarlah hati, ini cuma sementara.
Lupakan segala duka dan lara.
Live life to the fullest.
Nothing hurts more than realizing he meant everything to you, but you meant nothing to him.
Moving on is simple, it’s what you leave behind that makes it so difficult.
I don’t miss him, I miss who I thought he was.
The end.
“Just remember, the same as a spectacular Vogue magazine, remember that no matter how close you follow the jumps : Continued on page whatever. No matter how careful you are,there’s going to be the sense you missed something, the collapsed feeling under your skin that you didn’t experienced it all. There’s that fallen heart feeling that rushed right through the moments where you should’ve been paying attention. Well, get used to that feeling. That’s how your whole life will feel some day. This is all practice. None of this matters. We’re just warming up” — Chuck Palahniuk
"(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram". (13: 28).

I should just keep walking and smiling with whatever happens to me. Because it’s LIFE. This is what we call life. I build the strength in my heart and keep being strong in order to make sure my life not being ruined by others.

Thank God.


Sunday, January 16, 2011

Sudikah Engkau Terus Menjadi Imam Solatku??

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~





Satu ketika kau bertanya..

.......................

sudikah kau menjadi Makmum

disetiap solatku..

agar solatku lebih bermakna

dan terjaga hendaknya..

........................

sudikah kau menjadi Penjaga

diri dan maruahku

agar hidupku lebih tenang dan bahagia

.........................

sudikah kau menjadi Pendidik

hati dan jiwaku

agar rohaniku terisi hikmahNya

dan akhlakku terjaga hendaknya

..........................

sudikah kau menjadi Pemerhati

setiap gerak dan langkahku

agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku

............................

sudikah kau menjadi Peneman

di kala suka dan duka ku

agar satu hari, jika ujian itu dtg

air mataku ada yg menghapuskan..

............................

sudikah kau menjadi Pembela

diriku dan agamaku

agar aku terus berada di atas jln yg benar

.............................

sudikah kau menjadi Penggerak

semangatku..

agar bila aku kelesuan

kau mampu memberi bantuan

walau hanya sekadar senyuman :)

.............................

Sudikah kau menjadi Sahabat

buat diriku..mendengar luahan hatiku

agar aku boleh berbicara apa sj dgn mu

tnpa rasa ragu..

...............................

Sudikah kau menjadi Penghibur

tika ku kesunyian

agar aku boleh ketawa riang

Satu ketika aku menjawab...

"Ya, Aku sudi..

Kerana kau pilihanku kerana ILLAHI

dan Kau juga memilihku kerana petunjuk RABBI"

Tetapi,

aku kembalikan soalan ini kepadamu..
................................

sudikah kau terus menjadi IMAM di setiap SOLATKU?

jika aku sudah tidak seperti dulu?

.................................

Sudikah kau pula menjadi

Imam, Penjaga, Pendidik

Pemerhati, Peneman, Pembela

Penggerak, Sahabat dan Penghiburku


 
Jika suatu ketika nanti

aku sudah tidak mampu lagi menjadi

Makmum di setiap solatmu..



Jika aku sudah tidak mampu lagi

menjagamu,

menemanimu

memerhatikanmu,

mendidikmu

membelamu,

menggerakkanmu

menjadi sahabatmu dan

menghiburkanmu

Sudikah kamu wahai .....................?

Aku percaya..kau masih sudi..

"Kerana Aku pilihanmu kerana ILLAHI

dan Aku juga telah memilihmu kerana petunjuk RABBI"

Nikmatilah Percintaan itu dgn caranya yg terindah

~PERKAHWINAN~

kiriman email...

hidup terkadang melelahkan....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah selamat jua sampai ke kolej kediaman Universiti Utara Malaysia...
Bila ambil kunci bilik.. buka tu bilik.. punyalah kecewa sekejap. Berhabuk habis. Ni yang paling saya malas kalau buka semester baru. Mau kemas biliklah paling saya 'suka'...-_____________-

Nasiblah peralatan dalam bilik semua lengkap. Kipas OK, Lampu OK, Cermin OK, Almari OK. Senang cerita semua dalam keadaan sihat sempurna. Tiada cacat celah. Syukurlah nak.. dapat bilik yang paling OK.. Alhamdulilah SYUKUR..:)

Setelah berhempas pulas dari pagi hingga sore..... 
ini hasilnya^__________^


Tadaaaa:D

 ^_^
Dah macam bilik kanak-kanak ribena je..hihii:p

sila abaikan barang2 disudut penjuru..hihi:D

Memang penuh jadual saya ni hari. Sambung lagi kesibukan dan kepenatan sehingga hari isnin. Sampai sini saja tangan saya mampu mahu menulis. Tangan saya cakap pergilah kau tidur... Mimpi yang indah-indah:)

uppss pesanan untuk awak lagi^_^
~~i adored u..honestly..alaaa senyap2 je boleh la kan?? hehe..toink3:)
memendam perasaan tu kadang-kadang indah jugak kan=)
Saya menyenangi perasaan itu biarpun saya tau awak bukan jodoh saya. Untuk menantimu saja saya tidak layak, apatah lagi untuk berharap yang lebih jauh..
Walauapapun...Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak...Jaga diri awak baik-baik, semoga Allah permudahkan sepanjang kehidupan awak..
Walau tak bersama, nama awak masih tersimpan rapi dalam pikiran, tetap melekat di hati entah sampai kapan… ...:)




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...