“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Sunday, January 16, 2011

hidup terkadang melelahkan....

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Alhamdulilah selamat jua sampai ke kolej kediaman Universiti Utara Malaysia...
Bila ambil kunci bilik.. buka tu bilik.. punyalah kecewa sekejap. Berhabuk habis. Ni yang paling saya malas kalau buka semester baru. Mau kemas biliklah paling saya 'suka'...-_____________-

Nasiblah peralatan dalam bilik semua lengkap. Kipas OK, Lampu OK, Cermin OK, Almari OK. Senang cerita semua dalam keadaan sihat sempurna. Tiada cacat celah. Syukurlah nak.. dapat bilik yang paling OK.. Alhamdulilah SYUKUR..:)

Setelah berhempas pulas dari pagi hingga sore..... 
ini hasilnya^__________^


Tadaaaa:D

 ^_^
Dah macam bilik kanak-kanak ribena je..hihii:p

sila abaikan barang2 disudut penjuru..hihi:D

Memang penuh jadual saya ni hari. Sambung lagi kesibukan dan kepenatan sehingga hari isnin. Sampai sini saja tangan saya mampu mahu menulis. Tangan saya cakap pergilah kau tidur... Mimpi yang indah-indah:)

uppss pesanan untuk awak lagi^_^
~~i adored u..honestly..alaaa senyap2 je boleh la kan?? hehe..toink3:)
memendam perasaan tu kadang-kadang indah jugak kan=)
Saya menyenangi perasaan itu biarpun saya tau awak bukan jodoh saya. Untuk menantimu saja saya tidak layak, apatah lagi untuk berharap yang lebih jauh..
Walauapapun...Doa saya sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak...Jaga diri awak baik-baik, semoga Allah permudahkan sepanjang kehidupan awak..
Walau tak bersama, nama awak masih tersimpan rapi dalam pikiran, tetap melekat di hati entah sampai kapan… ...:)




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...