“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Sunday, February 6, 2011

Kasihnya ibu membawa ke syurga...

Buat IBU, semoga rohmu dicucuri rahmat....
Tiada kasih yang ternilai di dalam dunia ini melainkan kasih IBU,
Tiada Pengorbanan yang besar selain dari pengorbanan IBU,
Tiada sentuhan yang halus selain dari sentuhan IBU,
Tiada syurga selain dari dibawah telapak kaki IBU,
Tiada airmata bernilai selain dari airmata IBU,
Tiada doa yang ikhlas selain dari doa IBU,

untuk IBU ... kaulah bidadari dan permata di hati ini.
Terima kasih kerana melahirkan aku ...
Ampunkan dosaku kiranya aku bersalah padamu ...
Semoga IBU ditempatkan bersama para solihin...


“Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya, apabila salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu.” – (Surah Al-Isra’ ayat 23)

Wahai rakan-rakanku sekalian, janganlah sesekali kau mengenepikan kedua orang tuamu. Kerana merekalah yang telah banyak berkorban untuk membesarkan kamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka selagi mampu. Selagi kita masih mampu untuk membelai mereka, selagi kita masih mampu untuk membersihkan mereka, selagi mana kita mampu untuk membuat mereka tertawa selagi itulah terus berusaha. Janganlah jadi anak yang derhaka. Kerana walau seburuk mana pun mereka, mereka masih lagi ibu bapamu. Berikanlah kasih sayangmu kepada mereka sebagaimana mereka mengasihani dirimu sewaktu kecil dahulu. Jikalau dahulu mereka akan menghalang nyamuk daripada menggigitmu, sekarang halanglah nyamuk-nyamuk daripada menggigit mereka. Lindungi mereka selagi mampu...
Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...