“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Friday, February 18, 2011

Sungguh hati ini tidak dapat lagi menahan rindu!

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...
Tersenyum saya seketika bila mengenangkan insan istimewa yang saya rindui ini, Sungguh saya tidak mahu mengalirkan air mata itu bila terkenangkan beliau, namun Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. Maafkan saya buat insan istimewa dihatiku ini, hari itu saya tidak mampu berkata-kata hanya air mata dan tangisan yang mampu saya jawab.

Melihat dirimu yang sungguh tabah menghadapi ujian Allah kepadamu, tidak mampu saya luahkan dengan kata-kata. Sungguh kamu begitu tabah sekali. Mata yang melihat ketabahan kamu itu hanya mampu memberi pujian di hati. Sungguh saya tahu berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.

Walau insan ini cuba menyembunyikan kesakitan yang Allah berikan kepadanya, beliau masih mampu memberi senyuman kasih sayang kepada manusia yang berada di sekelilingnya. Air mata ini selalu tumpah melihat insan yang saya sayang ini menanggung kesakitan yang perit ini. Melihat insan ini menahan sakit dadanya, batuknya dan sebagainya. Sungguh saya tidak mampu membendung air mata ini lagi.Sungguh saya tahu ini ujian dari Allah kepadanya. Seperti sabda Nabi S.A.W:

“ Apabila seseorang itu redha dengan kesakitan, maka kesakitan itu akan menjadi penghapus dosa-dosanya.”(Hadis Riwayat Bukhari)

Namun Allah itu maha adil. Seperti firman Allah SWT dalam Al-Quran:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..”(Al-Baqarah:ayat286)

Saya tahu insan ini diuji atas kemampuannya. Tidak Allah jadikan ia suatu sia-sia. Melihat insan ini mendidik manusia disekelilingnya dengan nasihat-nasihat yang membina & tarbiyyah yang diberikan sungguh manis walau hanya dipamer dengan sebaris senyuman yang beliau berikan cukup meruntun hati ini bertambah sayu.

Ya Allah, saya tahu saya tidak mampu menjadi sepertinya. Namun bagilah saya kekuatan agar menjadi kuat sepertinya.

Insan istimewa ini telah mendidik saya untuk mengenal erti kehidupan. Benar kata insan ini, menjalani kehidupan memang pahit. Kita akan berhadapan dengan pelbagai ujian dan dugaan. Hanya meletakkan keyakinan pada Allah semata-mata akan menjadikan kita bertambah kuat.

Terima kasih insan yang teristimewa di hatiku. Dia sentiasa membenarkan diri ini untuk terus berjuang dan terus berjuang. Walau hati ini terasa perit perjuangan itu, namun diri ini juga ingin merasa perit perjuangan yang insan ini rasakan satu masa dulu… 

“Janganlah kamu menyembah melainkan Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa.” [al-Baqarah 2:83]

Sungguh saya bersyukur dikurniakan insan ini. Siapakah insan istimewa ini.

Ini lah insan teristimewa yang kurindui dan kusayangi sehingga hujung nyawaku….








     I LOVE U ABAH !!! 




 


Buatmu ayahku..

Ketika berjauhan
Masih terasa hangat kasihmu ABAH..
Betapa kurindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku…
Terbayang ketenangan yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan…
Walau hatimu sering terluka,
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan diriku sendirian…
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian…
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku erti kekuatan…
Terpancar kebanggaan dalam senyummu
Melihatku Berjaya…
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan aku terus kecewa…
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat…
Restu dan doa kau iringkan…
Tak dapat ku bayangkan hidupku, ABAH..
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang yang kau curahkan
tersemat di hati~

Aeman.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...