“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Wednesday, February 2, 2011

Krisis Darurat Di Mesir..Doakan segalanya Selamat...

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...

Umum mengetahui yang dunia kini sedang kecoh dengan krisis yang melanda Mesir. Krisis paling buruk di bawah rejim Hosni Mubarak.Ramai pelajar2 Malaysia sekarang sedang terkandas disana.. saya sendiri merasa gementar bila mengenangkan nasib mereka disana..
Ramai jugak kawan2 yang pernah belajar bersama sewaktu di sek agama Durian Guling dulu turut terperangkap disana.. Ya Allah, bantulah sahabat2ku disana tidak kira dari negara mana sekalipun, semoga dilindungi hendaknya..

Untuk makluman semua, mengikut rekod pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, di Mesir kini terdapat seramai 11,319 orang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di republik tersebut.  Jumlah ini termasuklah seramai 5,184 orang pelajar perubatan dan 6,135 orang pelajar yang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang pengajian Islam.



Berikut adalah realiti keadaan student Malaysia di Mesir sekarang.
Maklumat ini dihantar oleh seorang student yang sempat online disana sebelum internet disekat sepenuhnya..

  • mereka totally lost contact memandangkan internet dan mobile network dah kena block.
  • Balai polis dibom dan penjara telah dipecahkan dan ramai banduan berkeliaran
  • Ada rumah student yang kena rompak
  • mereka turut menghadapi masalah kekurangan makanan 
  • Ada pelajar kita dirogol di Cairo
  • They are totally in unsafe condition
Satu hal yang menyebabkan saya sedih sangat2 dengan nasib yang menimpa sahabat2 disana adalah ada antara pelajar kita yang dirogol di Cairo. Astaghfirullah...saya berharap sangat berita tersebut adalah palsu. saya tak sanggup tahu siapakah yang dimaksudkan itu...Nauzubillah....

Menurut sumber terkini yang diperolehi dari Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,sejak keadaan rusuhan kian meruncing serta tahap keselamatan pelajar Malaysia menjadi semakin membimbangkan, pihak JPM Kaherah telah memulakan usaha menempatkan para pelajar Malaysia dalam kumpulan yang lebih besar di beberapa tempat utama termasuklah di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah serta beberapa rumah negeri yang terdapat di sana.  Langkah ini bertujuan untuk memastikan keselamatan para pelajar agar lebih terjamin, selain bagi memastikan perhubungan komunikasi antara mereka tidak terputus.  Di samping itu juga, ketika berada di luar arahan perintah berkurung (curfew), pegawai-pegawai JPM Kaherah akan mengadakan kunjungan ke rumah-rumah pelajar Malaysia di sana bagi meninjau keadaan serta situasi pelajar Malaysia yang lain.  Pegawai-pegawai JPM Kaherah seterusnya akan menyediakan laporan keadaan terkini kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di Putrajaya.  Buat masa ini, seramai lebih 7,000 orang pelajar telah dapat dihubungi dan diketahui keadaan mereka.  Alhamdullilah, kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat dan terkawal tanpa mengalami apa-apa kecederaan dan tidak ada sebarang kematian yang melibatkan mereka.  Langkah ini akan terus dilakukan sehinggalah kesemua nasib dan keadaan pelajar Malaysia di sana dapat diketahui.

Bagi mendapat liputan selanjutnya mengenai pelajar2 kita di Mesir, silalah ke... 
http://krisismesirnasibrakyatkita.blogspot.com/

Sama-samalah kita berdoa agar semuanya selamat dan baik2 sahaja..
Mudah-mudahan tiada yang buruk berlaku, 
Aamiin yaRabba'alamiin...








No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...