“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Monday, February 7, 2011

Teristimewa buat bakal suami saya:)

Buat encek bakal suami^^

Pertamanya,saya mengucap syukur kerna Allah telah memberikan awak untuk saya..terima kasih kerna sudi memilih saya yang tak seberapa ni sebagai peneman hidup awak kelak.Awak, saya nak awak seorang yang berpegang teguh pada agama.boleh bimbing saya.jangan bawak saya pergi mall time maghrib taw.kalau time tu anak-anak tengah kusyuk tengok siri animasi, awak jangan pulak pegi join.saya tahu awak pun suka animasi ni.tapi takmo takmo.time tu saya nak awak,saya dan anak-anak berjemaah di rumah.tadarus Al-Quran sama-sama :)

saya nak awak seorang yang bertanggungjawab.jadi awak dapat uruskan keluarga dengan penuh berdedikasi.wahh memang awak nampak macho lah.sayang awak :D

saya nak awak seorang yang memahami.memahami bukan bermakna bila saya cakap nak BMW awak bagi,nak villa sebijik awak bagi.tak tak.bagi saya,memahami tu cukup lah untuk awak faham perasaan saya,masa saya dan kerja saya.juga prinsip hidup saya.tak apa kalau tak faham semua,saya tutup sebelah mata je sebab saya pon bukan sempurna.ye tak? ;)

saya nak awak seorang yang bertolak ansur.jangan risau,saya memang keras kepala,tapi saya tak suruh awak tolak ansur semua benda.tapi kalau awak nak pasang bini baru tak bersebab memang awak nak kena simbah dengan cat la.jangan risau,saya tak main asid-asid ni.kejam sangat.oh ya,kalau boleh cat tu cat hitam tak boleh tanggal punya :)

saya nak awak seorang yang pembersih.jangan main lempar kain baju awak serata rumah.nanti saya ingat kain buruk pulak.oh ya,merokok pon no way.saya tak nak awak membunuh saya dan anak-anak secara diam.awak sayang kami kan? :)

saya nak awak seorang yang menghormati orang tua.saya percaya kalau awak macam tu anak-anak pun macam tu jugak.saya tak apa,saya memang hormat orang tua.aceceh riak pulak.tak ada la.saya insyaAllah akan menghormati orang sekeliling saya :D

kalau boleh saya nak awak seorang yang pandai memasak.ye la,kalau buatnya saya demam macam mana?tapi saya tahu awak pandai masak maggi kan kan?okay la tu,saya terima apa adanya awak.saya pun pandai masak air je.sama-sama la kita belajar ye.hehe;p

kalau boleh awak romantik la sikit.tak perlu ayat kan ku redah lautan api tu.tu ayat tipu belaka.mana nak cari lautan api.kang kalau redah rentung pulak cane?haaa tak payah susah-susah.saya ni senang je.cukup la dengan mengingati tarikh-tarikh penting kita taw :)

oh ya,saya tak minta banyak.cukuplah yang di atas tu.saya tahu saya pun tak cukup sempurna sebagai bakal isteri.semoga kelebihan awak dapat menutup kekurangan saya dan begitu la sebaliknya.saya akan cuba menjadi seorang isteri sebaik yang mungkin.yang dapat menyambut awak pulang dari kerja.yang dapat menenangkan awak bila awak resah.yang dapat menyediakan makanan untuk kebuncitan perut awak.yang dapat mematuhi arahan awak.yang setia berada dengan awak saat gembira dan sukar.yang memberi awak semangat di saat awak jatuh dan yang bersama dengan awak gelak-gelak mengenang zaman lalu saat kita sudah berkedut seribu.mudah-mudahan.aminnnn :) 
InsyaAllah sayang:)..........


 ku menantimu dgn penuh sabar^^...

Bakal suamiku, saya takut kalau awak suka saya kerana kecantikan yang Allah pinjamkan kepada saya. Saya takut sebab semua ini pinjaman sahaja. Saya tidak lagi punya kelebihan yang awak sayang awak puja ketika zaman muda. Saya takut, saya takut hati awak berubah. Saya harap cinta awak kepada saya cinta sejati, cinta yang tidak ada belah baginya.

Awak, kalau betol lah kita bersama hingga ke hari tua. Izinkan saya pergi dulu, bukan apa, saya tak kuat untuk hidup bersendirian tanpa awak. Saya yakin awak kuat bila ketiadaan saya, seperti mana awak kuat menjaga saya hingga ke akhir tua. Awak, saya nak awak terima saya tak kira apa keadaan saya. Sebab saya yakin dan pasti, sekali saya cinta selamanya saya cinta. Bila ada ikatan perkahwinan, itu lah janji ikrar setia saya.

Bakal suamiku, saya tak tahu siapa awak. Tapi bila tiba saatnya awak sah menjadi suami saya, saya nak awak baca belog ini, baca penulisan saya ini, entri ini. Saya nak awak tahu betapa saya amat menyayangi awak dan mahu awak tahu saya mahu hidup selamanya dengan awak. Hingga akhir hayat kita. Kita akan sama-sama menjadi saksi akan segala peristiwa yang belaku, bila segala nikmat kecantikan, kesihatan dan lain-lain telah ditarik. Tapi kita tetap setia antara satu sama lain. :)

p/s :  kalau awak  cinta akan seseorang, usahalah untuk berkahwin dan setia lah padanya tidak kira apa jenis perubahan terhadapnya. InsyaAllah, kita akan berjumpanya lagi di sana. :)







No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...