“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Sunday, March 13, 2011

3rd letter for my future husband.:)

Assalamualaikum.


Hye sayang.Tak sangka kan? dah masuk surat ke-3 saya tulis untuk awak. Entah bila saya dapat jumpa awak. Rindu nak tengok senyuman awak, gelak ketawa awak and semua pasal awak lah saya rindu. Actually, saya nak basuh kain tadi, tapi terbantut pulak hajat bila tengok ramai sangat yg basuh kain. Maklumla washing machine selalu je rosak. Jadi ramaila yang merajinkan diri basuh baju. saya takpe, memang dah sedia rajin pun..kan kan sayang?? (eceh..ceh..ceh) hehe...

Sebab tu la petang ni terdetik pulak nak tulis surat untuk bakal suami. Takmo speaking2 dah harini. Dah lama saya tinggalkan awak kan sayang? wah bersayang2 pulak ye. hehe. Maaf ye, Jadual saya 2,3 minggu ni agak padat la. hurm.. saya agak letih la. Tiba-tiba!! siapa la awak kan ? Setiap kali tulis surat cinta untuk awak mesti tanya siapa awak kan ? Padahal jawapannya entah bila akan saya dapat. Hehe. Awak sihat sihat saja kan hari ini ? Saya harap awak dalam keadaan yang sihat saja. Saya dekat sini okay saja, mood kadang kadang tak berapa bagus. Sedih, happy, sibuk dan macam macam lagi. Kenapa saya pilih font warna hijau ya ? Oh sebab warna kegemaran Rasulullah. :)




Saya tahu ada someone sentiasa menanti surat cinta untuk bakal suami dari saya. Ish kenapa ya ? Dia nak jadi awak kot ? Haaaa jeng jeng jeng. Oh awak, saya tak demand awak. Biar awak nie orangnya tahu agama, boleh bimbing saya dan anak anak kita nanti. Itu je yang saya minta awak. Sebab saya yakin itu lah yang utama. InsyaAllah kita akan bahagia sekeluarga dalam barakah dari Allah. Awak, kadang kadang orang cakap saya nie macam desperate nak kawin je bila buat surat macam nie. Saya bukanlah desperate nak kawin sebab saya pon tak ready lagi cumanya saya nak awak baca surat surat cinta nie bila kita dah kawin nanti. Mesti awak rasa wife awak nie sweet. Haha. Perasan kan ?

Awak, kalau lah awak insan yang saya sayang sekarang, saya akan tunggu awak, tunggu awak datang untuk lamar saya sebagai isteri awak.Saya akan tunggu awak tapi pada masa yang sama awak kena lah jujur dengan saya, jika bukan saya di hati awak, buatlah saya berhenti berharap kepada awak. Kenapa ? Untuk beri peluang saya mencari kebahagiaan saya dengan orang lain yang mungkin jodoh saya tapi itu bila awak yakin bukan saya jodoh awak. Ini soal hati dan perasaan kan, tak baik buat orang sakit kan ? Awak paham kan tapi itu kalau awak insan itu. Hehe.






Semalam saya tengok gambar baby and budak budak kecik, haish rasa macam anak sendiri lak. Amboi anak pulak kan ? Haha. Siapa yang tak teringin nak ada anak sendiri kan ? Haha. 10 orang ? Hahaha. Okay melawak je, kenapa number 10 yang keluar dari kepala saya nie ? Hehe. Kembar mahu ? Hahaha. Ish berangan teruk dah bakal isteri awak nie. Awak, jadilah seorang bapa yang baik, tegas dan penyayang. Jangan terlalu menggunakan kekerasan, kelak kekerasan itu mengundang perasaan marah dalam diri anak kita. Anak-anak, mudah sangat terasa tambah tambah lagi dari orang yang paling dorang cinta. Wahh macam saya dah anak kan ? Kita sama sama jadi anak mak ayah kita kan sayang ? Mesti la paham kan. Huhu.

Awak, saya harap awak jadi lah lelaki yang sentiasa memahami situasi orang lain. Dalam erti kata lain, dalam apa apa situasi awak masih lagi ada rasa hormat terhadap orang lain. Contohnya, buruk saya ini biar lah awak yang simpan, tak perlu dihebohkan, awak kan cakap awak terima baik buruk saya. Hormatlah saya sebagai wanita yang awak cintai. Perlu ke awak jaja keburukan saya terhadap kaum saya, stranger ? Ya Allah, awak tahu tak itu rasanya seperti dibelot, lebih pedih lagi dibelot oleh orang yang kita paling percaya. Saya harap awak terpelihara dari menjadi seperti lelaki macam tue. Ingat, ibu awak perempuan, saya perempuan, anak kita mungkin perempuan, hati kami terlalu rapuh, jangan sakiti hati yang rapuh ini.





Awak, saya mungkin bukan lah perempuan yang cantik, stylish segala dan badan pon bukan macam model. Saya harap awak boleh terima saya macam ini, sebab kecantikan tak kekal awak. Kalau saya macam nie pon awak tak dapat terima, nanti saya dah tua macam mana ? Berkedut seribu awak dah malu nak pegang tangan saya ? Alahai awak, sedihnya awak. Wanita ini susah senang dengan awak, bertarung nyawa untuk anak anak kita, apakah itu balasan selayaknya untuk saya, awak pergi meninggalkan saya kerana kecantikan itu sudah hilang. Awak, awak akan baca surat ini satu masa nanti, fikirkan lah sayang, begitu juga jika awak rasa mahu berkahwin lain. Fikirkan lah hati jiwa ini sayang.

Wahhh~ Makin lama dah makin banyak saya luah dekat awak. Alahai tempat awam pulak tue. Mungkin ada yang akan mengata saya belakang, I don't even care cause this is my blog and I believe one day you, my official husband will read all these letters. Awak awak, kalau awak sedang mencari rezeki sekrang, tumpu lah pada kerjaya awak. Utamakan cita cita awak, utamakan keluarga awak. Memang itu tanggungjawab anak lelaki. Saya masih setia menanti, menanti seorang anak lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarganya sebab saya yakin dia jugak akan bertanggungjawab terhadap anak dan isterinya. Berusahalah sayang, kalau awak rasa awak nak jatuh, kuatkan hati, ingat awak ada masa depan awak sendiri, akan ada keluarga sendiri. Jadi jangan sesekali berputus asa. Setiap kali berdoa, saya selitkan doa untuk kesejahteraan awak bakal suamiku. I love you.



Walau siapapun awak yang Allah hantarkan untuk saya, saya terimalah dengan hati yang redha..
Semoga Cinta yang berputik antara kita bersemi di jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah. InsyaAllah sayang.

Your future wife,
cahyahatimu.

4 comments:

  1. dayah..seriously aku terigt kt kekasih ht aku bile bce surat ni...tbe2 trase rindu sgt2 kat die...arghhhhh.....can't go...huh!!!!!

    ReplyDelete
  2. ...great n dlm hati ada taman...hehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...