“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Thursday, March 3, 2011

Salam Sayang Salam Kerinduan

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum wbt...


Tika meniti perjalanan panjang menuju destinasi ilmu...
terlintas difikirku akan senyumanmu:)
Mengenaliku dalam cahaya yang samar
dan aku bahagia menjadi sahabatmu...

Selamat malam buatmu walau di mana engkau berada. 
Terima kasih kerana pernah memberi hati 
walau sentuhannya hanya sebuah keakraban
Terima kasih kerana pernah mengirim pesan 
walau hanya bertanyakan khabar dan menyampaikan senyuman. 

Terima kasih Wahai Yang Maha Penyayang… 
kerana sentuhan cinta dan rindu dariMU, 
tidak pernah menyalahkan aku untuk mencintai dia sehingga kini, juga untuk selamanya.
Akhirnya aku larut dalam kerinduanku di sepertiga malam, 
mendakap kasih Ilahi,  membelai cintaku pada Yang Maha Perkasa. 
Menghalusi rindu yang tak pernah hilang, 
memohon agar cinta yang bakal hadir berwadahkan ketinggian cintaNya.

Tuhanku… 
di sisiMU aku menyerah diri… 
mencintaiMU sepenuh hati dan ragaku. 
Ampunilah aku kerana pernah menyintai seorang lelaki walau hanya seketika...



Dear someone...
Bila sesekali..
Aku mengenangmu dari kejauhan ini..
Senyumanmu jadi padu dalam ingatan..

Kerna...
Sesekali...
Aku ingin melihat senyumanmu itu...
; ITULAH YANG SERING AKU RINDU...
Salam sayang.....Salam dari kejauhan,
Salam kerinduan...Salam kasih dan sayang...
 
Salam sayang..
Semoga kamu terus dirahmati,
Semoga kamu terus dilimpahi,
dengan cahaya cinta DIA dan mereka,
dan cahaya kerdipku tetap di sini...
 
Salam sayang...
Teristimewa hanya dirimu,
Terukir indah cuma namamu
di hati dan mekar di bibirku...
 

miss u lots dear^^
~cahya hatimu~

PS: cintaku bukan diatas kertas, cintaku bukan dalam blog, cintaku dihatimu
sorry malam ni berlaku kejiwangan terhadap diriku:)
keh keh keh...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...