“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Tuesday, March 15, 2011

Layar Keinsafan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Duhai rakan-rakanku...lebih lebih lagi kepada diri saya sendiri,
Renungilah bait-bait di bawah ini...

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela
.........
mana tahu yang diam itu kerana
berzikir kepada Allah
mana tahu yang senyum itu kerana
bersedekah
mana tahu yang masam itu kerana
mengenangkan dosa
mana tahu yang menawan itu kerana
bersih hati dan mindanya
mana tahu yang ceria itu kerana
cergas cerdasnya

"aslih nafsaka wad'u ghairaka"
perbaiki diri kamu dan ajak lah org lain~
Doakan saya dan juga kita semua agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi di dunia
lebih-lebih lagi di akhirat...

p/s: Akhir-akhir ini juga saya lebih cenderung membuat masalah.
Ya Allah kurniakan hati jernih baru padaku dan permudahkan usaha saya untuk meninggalkan akhlak buruk ini... Amin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...