“ Wahai Tuhanku! Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur dengan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku. Ilhamkan daku juga supaya tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkan daku dengan rahmatMu ke dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh”

Monday, March 21, 2011

Mak..kita rindu sangat-_-

Ya Allah,
tabahkanlah hatiku menerima dugaan MU ini..
sungguh aku benar2 rindukan beliau tika ini...aku rindu mengucup tangannya....aku rindu belaiannya kasih sayangnya... Ya Allah dia adalah sumber kekuatanku dalam mencari redhaMu,

namun dia telah pun pergi atas ketentuanMU...
seperti membawa kakiku sebelah pergi dari melangkah....
tiap kali aku tewas dengan dugaan dunia beliau pasti ada denganku membisikkan kata-kata untuk memujuk hatiku walaupun sekadar mendengarnya melafazkan ayat-ayat Mu tika sujud menghadapMU....

setelah sekian lama rasa itu kembali lagi,
aku terasa sangat kehilangan dan sangat merindumu Ibu...
aku ingin melihat wajahmu dan mendakapmu seperti mereka yang punya insan teristemewa seperti kamu...

Ya Allah...
redhakanlah aku atas pemergiannya....dulu aku mungkin terlalu rapuh dan lemah..tapi aku perlu lebih kuat dalam menghadapi cabaran hidup ini....aku perlu membiasakan diri tanpanya....berdikari atas diriku sendiri...

aku tidak kuat ya ALLAh, namun aku perlu menguatkan diri...kerana aku mesih perlu brjuang utk org2 yg aku sayangi...ya Allah aku mohon supaya beliau diberi ketenangan dan kebahagian selalu...izinkan aku merinduinya kerana kenangan ini...semoga Allah selalu meniup ruh perjuangan dlm diriku agar sentiasa berada di atas jalanMU dan redhaMU...

1 comment:

  1. hye dear, singgah cni. knp perlu bayar lebih utk baju cantik tp pakai skali dua je? jom terjah cni..^_^

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...